Resipi salad buah ini dapat diisi dengan pelbagai buahan yang anda suka. Tak kisah buah apa mengikut selera anda. Anda tak perlu lagi kupas-kupas kulit buah.
Dan yang paling penting jika sebelum ini anda sekeluarga menonton tv sambil memakan jajan-jajan, jom selepas ini kita tonton tv sambil makan salad buah-buahan g sihat dan segar!
Ads
Resipi salad buah 🍏🍎🍊❤️
Bahan-bahan:
Ads
✅ Sebiji epal, sebiji lai, sebiji pir, sebiji oren. Apa-apa buah pun boleh, ikut selera masing-masing
✅ Setengah tin susu cair
✅ Satu botol yogurt (130g)
✅ 5 sudu besar mayonis
Cara-cara:
1. Potong dadu semua buah-buahan.
Ads
2. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaul hingga mesra kemudian boleh lah masukkan ke dalam peti ais. Nyaman bila di makan dalam keadaan dingin. 😀😀😀
Kredit: Ani Zam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tauhu goreng dengan inti bergedil yang kemudiannya digoreng selalu jadi kegemaran kita. Lagi-lagi kala digabungkan bersama sambal kicap power. Memang tak cukup makan beberapa biji.
Mahu lebih jimat masa dan kosnya, apa kata kali ini kita cuba pula tauhu bergedil ini versi bakar. Lain macam sedapnya.
6 biji ubi kentang- kupas dan hiris supaya cepat masak
3 ulas bawang putih
2 cawan air (mungkin boleh kurangkan jika hendak lebih pejal)
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Daging cincang secukupnya
½ labu bawang besar dicincang halus
½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
½ biji carrot dicincang halus
Didihkan sehingga ubi empuk/ ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.
Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.
Masukkan ke dalam pemproses makanan (food processor).
Tambahkan telur, garam dan serbuk lada hitam. Mesin. Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.
Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.
Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.
Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan bawang besar, campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan carrot.
Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng. Makan sahaja pun sedap.
Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.
Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bukan sahaja labu bahkan resipi yang satu ini turut dimasukkan nasi di dalam bahannya. Siapa sangka di dalam Pumpkin Stick atau Stik Labu ini turut dimasukkan nasi bertujuan untuk mengeyangkan nasi perut anak. Paling penting rasanya pun enak dan manis.
Bukan saja boleh dijadikan finger food anak yang memudahkan anak pegang untuk makan, bahkan perut anak pun kenyang. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah dengan nasi ini memang awesome. Jom cuba!
Labu ni antara sayur yang tinggi khasiat. Bagus untuk sistem penghadaman. Texture, rasa dan warna cukup memikat selera. Kak Mai yakin labu ni feverat anak-anak kecil kan. Nabi kita pun sangat sukakan labu.
Nah Kak Mai share resepi guna labu untuk dijadikan #FingerFood anak kita. Senang anak nak pegang sendiri sebab tak melekit-lekit.
Bahan-bahan yang digunakan :-
Labu -anggaran 1 cawan
Nasi -setengah atau 1 cawan
Tepung jagung 1-2 sudu
Air masak setengah cawan
**Nak letak serbuk bilis pun best bagi rasa masin.
Yang paling penting adalah KASIH SAYANG ibu-ibu sekeliann. Betul?
Kukus atau rebus labu. Jaga air jangan terlampau banyak bila merebus. Sebab labu ni sayuran berair .
Kisar aje semua sekali gus.
Bagi yang ada piping bag anda bernasib baik. Yang takder usah risau. Kita DIY sendiri guna plastik macam ni. Gunting kat hujung tu aje wak.
Gini la rupanya. Nak buat saiz panjang-panjang pun boleh. Bakar pada suhu 110-120 (bergantung pada oven) Selama 30 minit. Sebenarnya nak goreng pun boleh. Dia (eh dia ke) akan jadi rangup-rangup sikit. Best gak.
Siap untuk dimakan begitu saja. Kena makan time panas-panas suam. Kalau dah sejuk dia mudah lemau. Liat sikit nak makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!