Sambal Cekur ni merupakan menu utama orang berpantang. Biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Waahhh…orang tak pantang pun berselera makan!
Jom intai resepi yang dikongsi oleh wanita ini, boleh dijadikan menu wajib ketika berpantang nanti!
Antara menu pantang bersama ibu di kampung lepas bersalin anak yang ke-2. Dah lama simpan, baru arini nak share. 🥰
Saya memang suka makan ulam, hadap lauk pantang hari-hari pun sy tak kisah. Mostly lauk pantang cuma menu ikan (tenggiri,jenahak,merah,kerisi,cencaru, siakap,bilis) yang dibakar, goreng, stim atau sup. Dah hujung-hujung pantang saya teringin makan ayam kampung masak ungkep & daging blackpepper, saya pantang 44 hari je. 😁
Ads
Tapi lauk pantang yang paling saya suka ialah homemade crispy peria, garlic & sambal cekur dengan isi ikan tenggiri yang ibu saya buat, sedap sgt!
Gaul dengan nasi panas pun dah cukup selera, sebab tu penuh nasi sepinggan. 😆 Saya share resepi kat bawah ni kalau nak cuba.
Ads
Resepi sambal cekur dgn ikan tenggiri:
Sepotong ikan tenggiri yg digoreng/bakar (ikan lain pun boleh)
3 biji cekur
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
Sedikit lada hitam/cili api
Sedikit perahan air limau
Ads
– Tumbuk semua bahan sehingga lumat kemudian perasakan ikut selera masing2. Siap!
Alhamdulillah, lepas 2 minggu pantang (bersalin normal), luka jahitan dah kering, dah tak sakit bila berjalan, nak membuang pun tak rasa seriau lagi, jalan pun laju je, tapi lepastu kena sound dgn ibu, katanya jalan tu slow2 sikit kang melecet, duduk bersila pun kena sound. (2 minggu dah pakai seluar yg loose) 😅
Selamat berpantang buat mommies semua! Semoga dipermudahkan segala urusan.
Buntu dengan sarapan yang sama setiap hujung minggu pastinya membosankan. Anak-anak juga pastinya inginkan kelainan di pagi hari. Di hujung minggu ini, apa kata anda cuba sediakan pizza homemade buat anak-anak.
Tak susah pun malah bertambah pantas bila anda gunakan roti paratha sebagai dohnya. Lagi jimat masa, mudah dan cepat. Dalam masa 20 minit sahaja sarapan sudah pun tersedia buat anak-anak. Mudah kan? Jadi jom cuba resipi pizza menggunakan roti paratha ini, resipi Puan Nurasyikin Ali yang memang awesome. Anak-anak pasti teruja bila pizza panas dihidangkan atas meja.
Jadi mak mak ni selalu pening nak pikir menu, nak masak apa kan. Saya share semula Resepi Breakfast Homemade Pizza segera ni. Boleh la mak mak buat breakfast untuk anak pagi esok. Saya guna pemanggang ajaib je tau. Mudah dan cepat.
Ni antara bahan-bahan yang diperlukan. Saya guna roti paratha.
Ni bahan-bahan yang telah dihiris nipis. Isi ayam kisar tu saya goreng terlebih dahulu.
Make sure sapu dulu minyak pada permukaan pemanggang ajaib. Buka api dapur paling kecil. Lepas pemanggang ajaib dah panas, letakkan roti paratha.
Sapukan jugak sos spaghetti dan tabur keju mozarella untuk melekatkan topping.
Kemudian susun sosej ayam dan isi ayam yang dah digoreng tadi.
Letakkan cendawan, lada benggala dan nenas. Kalau suka lebih inti, boleh letak lebih. Taburkan lagi keju mozarella. Masak selama 15-20 minit dengan api perlahan. Jangan sampai hangit ok.
Tadaaa… dah siap! Pizza dengan keju banjir.
Nyums sangat. Kalau korang ada chilli flakes atau serbuk oregano pun boleh je tabur. Saya takde semua tu. Makan simple gini je. Happy breakfast korang.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Puding strawberry antara salah satu pencuci mulut yang sangat sedap! Tak lama lagi bulan ramadan bakal menjelma, sesuai sangat dijadikan menu pencuci mulut. Ibu berpantang pun boleh makan juga tau!
Resepi Puding Strawberry by Mr.Ali
Resepi ni senang sangat-sangat, sesiapa pun boleh buat tau. Loyang petak 8 inci
Bahan-Bahan
LAPISAN PERTAMA
1 paket serbuk agar-agar ( 10 gram)
3 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream.
220 gram gula
* Jangan risau, kalau tiada dairy whipping cream, jangan pakai hat non dairy sebaliknya pakai saja SUSU CAIR. sukatan sama. Sy pakai dairy untuk menaikkan rasa lemak berkrim lapisan ini
satu 2 titik sirap.. Kalau takde pakai je pewarna merah..2 titik je tau, jangan letak banyak
secubit garam
strawberry yang dipotong dadu atau kecil. Terpulang nak letak banyak mana
LAPISAN KEDUA
5 gram serbuk agar-agar
2 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
Satu titik pewarna sirap
60 gram gula
Strawberry yang dihiris. Terpulang nk pakai berapa banyak
Sebatikan baru on api. Perlahan sahaja..sebatikan sampai mendidih. Dah mendidih off api
Masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan .
Tapis
Biar suam sikit dalam 5 minit baru tuang
❌JANGAN TERUS TUANG KEATAS LAPISAN TADI.
biasanya akan jadi tak melekat sebab tak lorek atau tak cucuk dulu.
Lapisan yg dah set tadi, cucuk sebanyak mungkin atasnya baru tuang sikit demi sedikit. tuang separuh dulu , selepas itu baru letak strawberry yg dihiris tadi.
Tuang lebihan adunan sampai hapus strawberry tadi..kalau ada sebiji dua yg keluar keatas takpe je
Kena cepat-cepat , takleh lambat sbb lapisan ni cepat mengeras. Sejukkan dalam peti selama 2 jam , dah boleh makan. Selamat mencuba semua!
Bila anak dah masuk 7 bulan, mama pun dah perkenalkan jenis-jenis makanan pada bayi jadi boleh lah mama campurkan beberapa bahan di dalam bubur supaya anak tak mudah jemu. Yang penting anak tiada alahan terhadap bahan yang dikongsi ini. Jika ada mama boleh tukar dengan bahan lain yang sesuai dengan anak anda.
Assalamualaikum hi mommies..👋🏻
Saje saya nak share resepi menu favourite baby saya, tak pernah tak habis kalau bagi dia makan ni. Sedap rasa bubur macam rasa ala chicken/mushroom sup gittew😅😅
Cuba lah mana tau baby mommies pun suka..
Bahan-bahan ada dekat gambar
Cara saya masak:
Panas periuk masuk unsalted butter. Masukkn bawang merah & bawang putih. Tumis sampai naik bau. Masukkan ayam gaul-gaul sikit masukkan pula beras & tambah air. Masukkan serbuk ikan bilis.Bila beras dah kembang dan nampak macam hampir masak, masuk pak choy, cendawan, tomato,daun sup & mirepoix.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi yang sering meragam atau sukar tidur mungkin sedang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, ketegangan otot, atau gangguan emosi ringan. Salah satu cara semula...