Beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan. Anak-anak pun dah tak sabar nak berpuasa bersama-sama. Mama boleh cuba buatkan menu ini sebagai ganjaran untuk anak yang berpuasa.
SIMPLE WESTERN FOOD RECIPES UNTUK BERBUKA!!
Western food memang budak-budak paling suka. Resepi ni simple,mudah dan sedap.
Saya start masak pukul 6. Pukul 7 dah siap semuanya. Anak-anak boleh makan berulang kali sampai sahur.
SELAMAT MENCUBA!
Baca:
Viral Bayi 16 Bulan Seberat 27KG, Rupanya Si Ibu Sering Beri Susu Pekat Manis
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness
CHEEESY WEDGES
BAHAN:
Ubi yang dah rebus, gaul kering dengan tepung gandum dan garam. Deep fry sampai jadi warna gold. Kalau suka garing sikit pun sedap. Lepas dah goreng tapis minyak..
Sos cheesy dia.. Panaskan susu, masukkan cheese,kiub ayam dan garam sikit je. Kacau sampai semua melt, then masukkan air bancuhan tepung jagung .kacau-kacau sampai kuah likat dan tutup api.
Ubi tadi, tabur cili flakes dan garam sikit, susun atas pinggan dan tuang cheesy sos..
SIAP!!
SPAGHETI BOLOGNESE
BAHAN:
Panaskan air, bila dah menggelegak, masuk spaghetti .rebus sampai masak. Toskan dan tuang minyak olive oil supaya tak melekat. Ketepikan.
Tuang minyak, (guna olive oil lagi sedap). Masukkan bawang putih, bawang holand. Tumis sampai naik bau. Masukkan mix herbs, lada hitam dan daging cincang. Gaulkan sampai daging cincang masak. Masukkan sos Bolognese,tomato puree dan kiub pati ayam.
Perasakan dengan garam dan masukkan air rebusan spagheti untuk pekatkan kuah..
Masa nak hidang, boleh garnishkan dengan parsley dan cream cheese atau cheese parut.
SIAP!!
MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD
BAHAN:
Panaskan butter, tumis bawang holand, bawang putih dan cendawan. Masukkan lada hitam, lada putih, mix herbs. Tumis sampai naik bau.
Masukkan mushroom soup dalam tin, fresh milk,cream cheese dan kiub pati ayam.
Tunggu sampai semua mendidih.. Kacau dan perasakan dengan garam secukupnya..
Untuk roti, mix butter, chop parsley dengan bawang putih yang dah dibakar.. Sapu atas roti setiap slice dan bakar atas non stick pan.
SIAP!!
Untuk salad, saya buat simple sahaja. Salad, tomato potong dadu, timun potong dadu, avocado. Potong dan basuh bersih. Rinsekan. Letak olive oil, garam, dan perahan lemon. Lagi 5minit nak berbuka baru gaulkan.
SIAP!!
Kredit: Shahmila Radha
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)