Menu ini memang mudah dan ringkas tetapi rasanya memang umphhhh! Lagi sedap jika ditambah seafood seperti udang dan sotong.
Ayuh kita intai resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Masri. Selamat mencuba!
Resepi Spaghetti Aglio Olio Simple
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 mangkuk udang
5 ulas bawang putih
1 sb chili flakes
1 sb lada hitam
2 sb serbuk oregano
Sedikit daun pasley (hiris halus)
1 kiub ayam
3 keping cheese ( jika suka)
Tomato
Ads
Cara-cara:
1) Rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7-8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Panaskan olive oil @ minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau tu, cili flakes Dan daun pasley.
Ads
3) Kemudian,masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
Bermacam- macam resipi boleh dibuat dengan menggunakan biskut oreo. Bukan sahaja sedap dimakan begitu tapi sebagai tambahan dalam hidangan lain pun sedap. Resepi puding yang dikongsikan kali ini menggunakan oreo dan milo.
Resepi puding milo oreo sungguh menarik untuk ibu- ibu ingin mencuba untuk membuat satu hidangan pencuci mulut yang sedap. Siapa je yang tak suka puding dari gabungan milo dan oreo ni, bukan setakat anak- anak je suka tapi orang dewasa pun apa kurangnya. Puding milo oreo kalau makan sejuk lagi sedap.
Anak- anak pasti teruja nak makan puding ni, ibu- ibu boleh cuba buat dengan resipi yang telah dikongsikan. jom lihat resipi puding milo oreo.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Intai Resepi.
RESEPI PUDING MILO OREO
Atas permintaan ramai yang tergoda dengan puding milo ni, nah resepi… buat jangan tak buat. Puding Milo Oreo
Bahan- bahan: – Serbuk agar- agar clear 10gm – Air 4 cawan – Gula pasir ½ cawan (suka manis letak la 1 cup) – Cucu cair 1 tin – Oreo 1 paket (krim jangan buang) – Milo 1 cup (boleh campur serbuk koko sikit kalau suka)
Cara- cara: 1. Larutkan agar- agar dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut. 2. Masuk susu, kacau sampai didih. 3. Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih) 4. Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi. 5. Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas. 6. Tunggu sehingga layer itu keras, garit- garitkan pakai garfu di atas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih. Patahkan 2 biskut oreo tu dan susun biskut ikut suka banyak mana atas layer putih tu. 7. Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam- suam boleh masuk dalam peti ais, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba.
Memandangkan rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh PKP sekarang, banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan atau dibuat di rumah sahaja. Seperti ibu muda ini, Sya Qiela, memberitahu yang mereka sekeluarga terpaksa menyambut hari jadi anaknya Emiir Yusuff di rumah sahaja.
Memandangkan ini adalah hari jadi anaknya yang pertama, Sya menyediakan kek istimewa untuk Emiir. Untuk anda yang mahu membuat kek lobak merah, bolehlah ikut resipi ini.
Alhamdulillah hari nie genap dah setahun anak ibu & papa..Semoga Emiir Yusuff dikurniakan kesihatan y baik,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu..Finally tercapai jgak hajat ibu nak baking cake utk Emiir..Sempat jgak ibu siapkan carrot cake & decoration fruits cake untuk anak ibu walaupun last minit plan..🍰🍉🥕🍇🥝🍓🥭 Ibu pun dh bley tdoq lena dh sebab berjaya buat semua tu sendiri utk emiir..
First celebration birthday Emiir Yusuff turn 1..👦🏻1️⃣ Carrot cake with cream cheese & mixed fruit cake..Bersemangat ibu buat untuk emiir tau..Cake pun xmuak bila makan,nice ja..😘🍓🍉🍇🥭🥝🥕🍰 #emiiryusuffturn1 #emiiryusuffanakibu #nosalt #nosugar #nocoloring #healthycake 😘😘
P/s:❌⛔️ Penggunaan madu untuk baby setahun keatas..🍯🍯
🥕Resepi Carrot Cake🥕
🍰3 biji telur 🍰135gm puree kurma (nak manis bley tambah) 🍰1 Cawan minyak jagung (minyak apa pun ✅) 🍰280gm carrot or 1btg carrot saiz besar (sagat) Carot dicampurkan dulu dengan sedikit tepung. Gaul-gaul dengan sedikit tepung) ketepikan.. 🍰250gm selfraising flour
🥕Cara-caranya🥕:
Pukul telur hingga kembang,kemudian masukkan puree kurma,pukul lagi hingga sebati.
Bila dah sebati masukkan pula minyak,carrot y disagat tadi & tepung sedikit demi sedikit.
Kacau-kacau manja hingga sebati & masukkan dalam loyang..Untuk Emiir ibu masukkan dalam loyang 1.
Bakar selama 20-25minit,ikut kesesuaian oven mummy-mummy ye..Siap..Sejukkan dulu sebelum deco..
Selain kek lobak merah ini, Sya juga menyediakan kek istimewa yang diukir dari buah-buahan. Buah yang digunakan adalah tembikai, beri biru, mangga dan kiwi. Menarik sungguh idea ibu ini dan yang pastinya sihat untuk anak yang masih kecil!
Happy birthday Emiir Yusuff!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu hal yang sentiasa menjadi masalah bagi kita adalah menyukat sukatan air ketika membuat roti jala. Jangan risau kerana resipi yang dikongsikan oleh Azwa Mokhtar ini cukup lembut dan sukatannya standard. Jadi pastinya tak ada isi terlembut atau terkeras.
Menariknya bancuhan tepung yang dikongsikannya hanya menggunakan blender sahaja. Cukup mudah. Adunan pun pastinya lebih sebati dan tidak berketul-ketul. Jom ikuti caranya. Memang superb!
Assalamualaikum. Saya nak berkongsi resepi membuat roti jala. Kalau dah ada sukatan mudah kita nak dapatkan hasil yang standard. Tak ada la kejap cair kejap pekat adunan kita.
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
Satukan semua bahan, gaulkan sebati.
Blender sampai halus (dengan sukatan air). Kalau tak nanti ada yang tersumbat di acuan.
Panaskan kuali leper dan mulalah menjala.
Dah siap! Kalau disusun bekas 10×10 ini dapat 81 keping. 9 baris x 9.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.