Menu ini memang mudah dan ringkas tetapi rasanya memang umphhhh! Lagi sedap jika ditambah seafood seperti udang dan sotong.
Ayuh kita intai resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Masri. Selamat mencuba!
Resepi Spaghetti Aglio Olio Simple
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 mangkuk udang
5 ulas bawang putih
1 sb chili flakes
1 sb lada hitam
2 sb serbuk oregano
Sedikit daun pasley (hiris halus)
1 kiub ayam
3 keping cheese ( jika suka)
Tomato
Cara-cara:
1) Rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7-8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Panaskan olive oil @ minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau tu, cili flakes Dan daun pasley.
3) Kemudian,masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
4) Seterusnya, masukkan sudu serbuk oregano, 1 sudu serbuk lada hitam, 3 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
5) Kemudian masukkan spaggeti dan tomato.
* Blh jg ltk sotong atau sosej jika suka.
* Jika suka cheese blh ltk cheese
Selamat Mencuba
Kredit:Nur Masri
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!