Spicy Buttermilk Spaghetti antara menu yang paling simple untuk disediakan. Tambah pula anak kalau dah jemu makan nasi, memang kena lah menu ni untuk juadah berbuka anak-anak nanti.
Jom intai resepi Spicy Buttermilk Spaghetti, rasanya serius sedap & tak muak. Satu keluarga pasti suka ❤
Bahan-bahan:
*Butter 2 sudu besar
*Daun Kari 10
*Cili Padi 5 ( cincang )
*Bawang Putih 3 ( cincang )
*Susu Cair 1 atau 2 cawan
*Tepung Jagung (letak sikit kemudian kacau tengok pekat kuah)
*Serbuk kunyit satu cubit
*Udang/sotong
Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
3. Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati, siap!
Kredit: ASH (Foodhunter)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!