Resepi sup ayam lada hitam ini sangat mudah untuk dibuat. Menu ini sangat bagus untuk segarkan badan dan banyak khasiat. Bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung malah untuk orang yang demam atau ingin diet!
Kelainan sup ayam lada hitam ini dari sup ayam versi biasa adalah akan dapat rasa kepedasan dari lada hitam dan aroma yang menyegarkan dari halia dapat mebangkitkan kembali selera makan.
Jom cuba cara masak sup ayam lada hitam dari perkongsian dari Lin Zalikha ini. Semoga bermanfaat!
Bahan-Bahan:
Baca Juga:
Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!
Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!
Cara Memasak:
1. Masakkan air sehingga panas.
2. Tumbuk bawang merah, putih & lada hitam.
3. Masukkan serai, halia, bahan tumbuk, ayam, garam & gula.
4. Tutup & biarkan ia masak.
5. Masukkan bawang putih & daun bawang.
Dah siap! mudah kan. Mudah, ringkas dan sedap yang paling penting berkhasiat. Sup ayam lada hitam ni boleh dimakan begitu sahaja panas-panas, kalau nak makan dengan nasi pun tiada masalah.
Selamat mencuba.
Kredit: Lin Zalikha