Siapa dekat sini selalu berangan nak masak pagi sahur tapi tak kesampaian sebab terlajak tidur sampai tak cukup masa untuk masak? Salah satu resipi pantas yang ibu-ibu patut cuba adalah sup telur dan sayur yang dikongsikan oleh Puan Sharina Sharan. Bahan-bahannya tidaklah sukar dan cara membuatnya juga sangatlah mudah dan cepat.  

Resepi Sup Telur Dan Sayur Mama, Mudah Dan Cepat Untuk Sahur! 

 

Anak-anak pun dijamin suka sampai bertambah. Ibu mana tak seronok kalau anak makan berselera kan? Nak pula waktu sahur.  

Jom baca cara memasak sup telur dan sayur ini di bawah. Semoga bermanfaat! 

 

Bahan-bahan:   

15 gram minyak masak  

5 ekor ikan bilis  

3 ulas bawang merah 

Ads

2 ulas bawang putih  

1 biji cili besar (dihiris) 

2 biji telur  

10 gram fucuk/suhun (direndam dahulu 5 minit) 

1 sudu perasa/kiub pati ayam  

30 gram lobak merah 

Ads

2 biji kentang (dipotong dadu)

Baca Juga:

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!

Ads

 

Cara-cara: 

  1. Cop bawang merah dan bawang putih.  
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis dalam minyak selama lebih kurang 3 minit.  
  3. Masukkan 500 g air, sayur, fucuk, suhun, garam dan serbuk perasa. Biarkan dalam 7 minit.
  4. Masukkan telur dan tutup api, biarkan telur dalam 5 minit. Sambung masak 2 minit.  

Tip tambahan iaitu gunakan telur dari peti ais untuk hasil telur yang lagi cantik dan tidak mudah berderai.  Untuk sayur pula anda boleh masukkan apa-apa sahaja sayur yang anda suka. 

Dah siap! Mudah kan?  Tak sampai 20 minit dah siap sup mudah, lazat dan berkhasiat ni. Rugi kalau tak cuba tau!

 

Kredit: Puan Sharina Sharan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI