Resepi tart nenas gulung antara kuih raya yang popular dan disukai ramai. Tart ini sangat sedap, gebu dan cair dalam mulut.
Kalau nak cuba resepi mudah, guna sukatan cawan boleh ikuti resepi ini.
Resepi Tart Nenas
Resepi versi niaga saya tak suka jem banyak-banyak haha ikut la korg nak gemok ke kurus ke. Tak nak inti ke.
Ni version cawan ek! Sebab ramai yang tak ada penimbang kat umah kan. Minggu-minggu akhir nak raya ni semua mesti nak aktiviti buat kuihh raya kan!!
Bahan-bahan:
Untuk sapuan kuning telur lepas menggulung tart tadi
Jenis jem yang sedap
Antara jenama yg sedap
Cara-cara:
1. Satukan butter(suhu bilik), susu pekat, gula, kuning telur, pewarna kuning, esen vanila, minyak sapi..kacau guna senduk jer sekadar sebati sahaja.
2. Ayak bahan bertanda * ,masukkan dalam adunan tadi. Kacau rata
3. Tambah tepung jagung, kacau lagi.
4. Last tambah tepung gandum yang dah diayak sikit-sikit sambil uli guna tangan smpai doh lembut tak lekat di tangan & boleh dibentuk,berhenti tambah tepung ok
5. Terap doh letak inti,gulung cantik-cantik..susun dalam dulang,lapik dulang dengan baking paper supaya tak lekat bila dah siap bakar nanti
6. Sapu kuning telur pada permukaan tart
7. Panaskan oven set suhu 170-180°c masa 20-30minit atau sampai masak. Ikut suhu oven masing-masing ya.
8. Dah masak biar sejuk dulu baru susun dalam balang
* tips gentel inti jem nenas supaya tak lekat di tangan (Simpan sekejap jem dalam peti,sebelum gentel inti sapu minyak kat tapak)
*tips gentel jem bia nampak gemok bukan gentel bujur tapi bulat.
*tips sapuan kuning telur cantik berkilat masukkan sedikit minyak masak dalam sapuan kuning telur
* tips tart tak bekulat bakar suhu rendah dan masa panjangkan.
*tips tart tak bekulat pilih inti nenas colour coklat lebih pekat kalau colour kuning pucat pengeluar guna nenas muda dan tart mudah berkulat sebab inti banyak air dan gula sebab nenas muda tak manis tawar kene tambah banyak gula
SELAMAT MENCUBA
Kredit:Nana Fiana
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!