Resepi Terung Bakar Dengan Air Asam Bersantan, Simple Tapi Padu!

Share

Sayur terung sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Bagi mama papa yang nak cuba menu baru dan sedikit kelainan, boleh cuba resepi terung bakar dengan air asam bersanta. Menu cukup simple tapi boleh membangkitkan selera makan anda.

Selamat mencuba!

Kalau kita tengok dekat rumah mak kita ada terung di pokok, kita mengeceklah sikit. Ada 10 batang, kita dapat 2 jadilah. Hehe! Hari tu tengok orang kongsi terung bakar air asam santan. Macam sedap, jadi kita cuba.

Terung Bakar dengan Air Asam (bersantan)

Bahan-bahan:
2 batang terung
1-2 biji bawang merah
1 biji cili merah
5 biji cili api/padi/burung
1 sudu asam jawa
100ml santan
2 cubit belacan bakar
2 helai daun bawang
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Hari ni kita akan bakar atas “grill pan” sahaja. Saya buka api sederhana, dan tak letak minyak. Pan yang saya gunakan ni tak lekat. Saya bakar setiap belah tu, dalam 3-4 minit, lepas terbalikkan.

Ni hasilnya setelah terbalikkan beberapa kali. Ada garis-garis hitam tu yang bikin sedap. Isi nya lembut, dan ada bahagian terkaramel. Manis!

Sambil bakar terung tadi, saya buat air asam. Hiris cili dan bawang, campurkan dalam mangkuk bersama air asam, belacan dan santan(dimasak).

Akhir sekali, curah air asam bersantan atas terung bakar. Tabur daun bawang untuk hiasan. Terung tu manis, air asam pula masam, masin dan berlemak. Memang padan. Cili dan bawang tu pelengkap.

Close up. Hidangan ini ringkas, tapi kalau kena padanan lauknya, memang berseleralah makan. Selamat menjamu selera!

Kali ni saya padankan dengan ikan bawal goreng masak sos tiram berhalia. Lepas tu ada ubi rebus goreng berempah, cicah sambal kicap (orang Johor). Resepi bawal ni lain kalilah saya kongsi.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa