Resepi Waffle 3 Bahan, Bancuh Siap-Siap Esok Pagi Tinggal Masak Je!

Share

Setiap hari mama kena fikirkan menu sarapan pagi untuk anak-anak. Jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Bukan sahaja simple tapi waffle ini sangat mudah dan cepat disediakan. 

Selamat mencuba!


Sarapan untuk anak. Bancuh siap-siap & simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je. Guna resepi youtube Jamie Oliver.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan susu
  • 1 biji telur
  • secubit garam

*saya asingkan telur kuning masuk ke dalam tepung & telur putih masuk dalam mangkuk kecil, pukul sampai jadi tanduk/stiff (saja ajak anak buat aktiviti sikit, hilangkan boring sikit).

*waffle ni lembut je walaupun dah lama kat luar… drive dalam kereta berjam-jam pun still lembut.

Bancuh siap-siap & simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je.

Kredit: Ana Syafi

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa