Resipi 1 Doh, Boleh Buat Macam-Macam Kuih. Sesuai Sangat Dicuba Waktu PKP Ni!

Share

Sepanjang tempoh PKP, perut asyik lapar saja. Rajinlah si ibu mencari pelbagai resipi kuih-muih untuk dicuba. Cara terbaik adalah mencuba satu resipi yang sama untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih yang menarik.

Pn Ziela Lewis via grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM) telah berkongsi resipi membuat doh untuk kuih seperti donat, rol sardin, roti Thai, donat sambal, roti sosej dan banyak lagi.

Donat pelbagai perisa. Warna pun macam-macam. Cantiknya!

Ikuti perkongsian resipi satu doh ini.

1 Resipi, Olah Jadi Macam-Macam Kuih

Hanya brbekalkn 1 rsepi…
Macam² kta bole olah….😍😍😍
Lpas ni bole ibu² tkr² menu utk anak2 plk🤭🤭

Bahan-bahan:

½ kg tepung gandum (sya guna cap kunci)
3sb majerin
*½pack yis
*1sb gula
2sb susu pekat
1st garam
Air secukupnya

Roti Thai, inti boleh pelbagaikan. Sedapnya!
Cara-cara:

1. Satukan bahan yang bertanda * dgn air suam. Biarkan hingga kembang (asingkan).
2. Campurkan tepung & majerin ,susu pekat,garam. Ramas shingga menjdi serbuk roti.
3. Campurkn yis td uli lagi. Masukkan air sikit-sikit dan uli lagi sampai adunan sebati. (Air kena agak-agak sendiri ye).
4. Uli shingga doh tak melekat di jari.
5. Perap doh tadi dlm 45 minit. Lepas 45 minit, ambil doh buang angin sikit-sikit.
6. Kemudian bolehlah start bulatkan dan bentukkan doh tadi.
7. Bila da siap bentuk, tunggu lagi dalam 30 minit untuk dia mengembang.
8. Baru boleh menggoreng. Siap!

Selamat mencuba 🥰🥰👍🏻👍🏻…

Resipi ni boleh juga digunakan untuk buat rol sardin.
Tonton video ini untuk mengetahui tentang TERSEDAK SUSU:

Published by
Emy H