Agar-agar antara sajian pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai tanpa mengira peringkat usia. Pasti ramai yang suka minum Milo di rumah bukan? Ya! mama boleh buat agar-agar dengan menggunakan Milo.
Sebenarnya bermacam-macam resipi boleh dihasilkan menggunakan Milo salah satunya ialah agar-agar Milo. Resipi agar-agar Milo ini cukup menarik untuk dicuba kerana hanya dengan empat bahan sahaja, kita boleh hasilkan seloyang pencuci mulut yang lazat. Anak-anak mesti suka makan terutama apabila dihidangkan sejuk-sejuk.
Resipi Agar-agar Guna Milo Serbuk & Kotak
Jom kita cuba resipi agar-agar Milo seperti yang dikongsikan oleh Ayu Mashrudin ini.
RESIPI AGAR-AGAR MILO
BAHAN-BAHAN:
1 kotak air Milo (1 liter)
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar gula
3 sudu besar Milo
Sedap Rasa Lemak Berkrim
CARA MEMBUAT:
1. Masak semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Tuang dalam acuan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. Hidangkan.
Sumber kredit: Ayu Mashrudin
Baca artikel lain di sini: Puding Oreo Milo Ni Bukan Je Sedap. Mudah Sangat Nak Buat & Confirm Jadi!
Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!
Muffin Milo Coklat Tanpa Mixer. Resepi Paling Mudah, Pilihan Anak-Anak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI