Berbanding kuih muih lain, agar-agar lebih mudah disediakan untuk keluarga. Hanya perlu dididihkan dan sejukkan sahaja hingga mengeras.
Namun agar-agar pandan santan ini memang sedap. Nak cantik berlumut perlu ada tekniknya. Hanya biarkan sahaja santan mendidih dengan api perlahan dan kemudian barulah dikacau. Cantik!
AGAR AGAR SANTAN PANDAN
Bahan Bahan :
25g agar agar tali
3 cawan air
2 cawan air pandan
1 1/2 cawan gula
1/2 sk garam
Pewarna hijau
Bahan A ( kacau sebati ) :
2 cawan santan
1 biji telur
Basuh agar agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air dan juga air pandan.
Masak sehingga agar agar larut sepenuhnya.
Masukkan gula, garam dan sedikit pewarna hijau. Masak sehingga sebati.
Kemudian masukkan Bahan A dan masak sehingga menggelegak. Tutupkan api.
Tuangkan adunan ke dalam acuan.
Sejukkan di dalam peti sebelum dipotong.
Siap, selamat mencuba !
Menarik: Nak Ibu Rehat & Happy. Rajinnya Muhammad, Diana Danielle Bangga Anak Pandai Berdikari/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Farisha Sofea