Resipi Air Asam Mabeles, Semua Bahan Bakar Kejap, Makan Confirm Tak Menyesal!

Share

Resepi air asam mabeles! Boleh kecur air liurlah. Lagi-lagi makan pula dengan nasi panas-panas. Awal-awal dulu air asam ni popular di sebelah utara. Sekarang bukan utara je yang popular air asam ini semua negeri dah ada versi masing-masing.

Tak ada lauk lain, makan satu jenis pun dah boleh bertambah nasi. Cukup ikan bakar atau ikan goreng dah boleh ‘on’. Nak tahu resipi air asam terbaik, jom tengok resipi Azma Bidin.

Bakar ikan cencaru

1. Belah belakang kedua-dua bahagian.

2. Masukkan bahan tumbuk :
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 1/2 inci belacan
– 2 sudu besar cili kering kisar
– 1/2 inci kunyit hidup
– 3 hiris serai
– sedikit garam dan gula

Perap seketika sebelum dibakar.

3. Ikan pari dibakar tanpa garam.

Bahan kisar:

– 2 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– sedikit belacan
( bakar terlebih dahulu semua bahan di atas sehingga keperangan )
– 3 tangkai cili padi merah
– 3 tangkai cili padi hijau
* kuantiti cikgu tunjuk gambar tu untuk extra pedas ye
– 2 biji asam limau kasturi
( buang biji- kisar bersama kulitnya )
– 1/2 gelas air asam jawa
( 2 cubit kecil asam jawa + 1/2 gelas )

Masukkan semua bahan dalam pengisar.

Tambahkan 3 sudu besar gula dan 3/4 sudu besar garam bukit (sukatan bukan menggunung ye)

* kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

Kisar semua bahan hingga sedikit lumat.

Masukkan dalam mangkuk.

Tambahkan bahan hiris lain :
– 2 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili padi hijau
– 1 biji tomato
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 1/2 biji bawang besar merah Bombay
– 2 biji asam limau kasturi

Kredit: Azma Bidin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy