Anda tentu risau jika si kecil makan ais krim yang dibeli di kedai kerana banyak kandungan gula dan juga pewarna. Tapi bila sebut sahaja tentang ais krim, anda tentu terbayang ais krim kegemaran anda.

Resipi Ais Krim Buah Untuk Si Manja Yang Baru Tumbuh Gigi. Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Dan Mudah Disediakan

Ais krim bukan sahaja menjadi kegemaran orang dewasa, malah kanak-kanak juga amat menyukai ais krim. Jadi apa kata anda buat sendiri ais krim yang berkhasiat untuk anak anda. Ikuti perkongsian ini;

Cuaca panas ting ting tang ting~~~ 
Maka berjemaahlah mama dan Amna makan aiskrim homemade 

Tapi Amna beranggapan rumah sekangkang kera ni shopping mall agaknya so dia pun bersiar siar dgn aiskrim sambil menitikkan air tu ke serata rumah. Lepas ni kena taruk muffin cup bawah tu tadah airnya. Lupa nak beli huhu.

Resipi Ais Krim Buah Untuk Si Manja Yang Baru Tumbuh Gigi. Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Dan Mudah Disediakan

RESIPI HOMEMADE FRUIT ICE CREAM

IKLAN

1. Campurkan 2 sudu makan yogurt + puree kurma (saya guna madu sebab Amna dah atas 12m) + air suku cawan (saya guna susu farm fresh sebab amna dah 12m). Kacau sebati
2. Lenyekkan sepotong kiwi. Jangan lenyek banyak nanti rasa pahit-pahit. campurkan no 1 tu sikit. Letakkan 2 potong kiwi dalam tray aiskrim. 
Letakkan kiwi lenyek campuran tadi.
3. Rebus/steam jagung dan ambil isi saja. Letakkan isi jagung dan no 1.
4. Lenyek-lenyek 3 bijik mata kucing. Letakkan 1 biji mata kucing tak lenyek dalam bekas aiskrim. Letakkan no 1.

Yogurt yang saya gunakan ialah NATURAL YOGURT jenis full cream. Brand farm fresh. Boleh je mana-mana brand asalkan natural dan full cream ye.

Susu pun gunakan FRESH MILK macam farm fresh, bukan je is full cream or low fat milk.
Nak guna susu ibu pun boleh tapi mak pak maybe tak lalu kot nak makan ebm.

IKLAN

Boleh gunakan apa-apa jenis buah kesukaan anda mcm tembikai, oren, pisang, anggur, strawberry dan sebagainya. Jangan guna buah dadu dahla hokeyyy

BEKUKAN SEMALAMAN.

Sesuai untuk 8 bulan ke atas yang tengah banyak gigi nak tumbuh. Simple je kan buat aiskrim ni 

IKLAN

Siapa kata real foods, healthy foods ni tak boleh dibuat snek hihi.

*bagus untuk anak-anak yang tengah tiada mood sebab nak ada gigi
*bagus untuk anak-anak yang dah kenal aiskrim kedai tapi mak pak takmau dia makan yang tu.
*tak sesuai jika anak ada asthma.

Happy eating and enjoying real foods people!

Sumber: Fatien Atiqa
Happy Baby Foods Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI