Cuti sekolah yang sedang berlangsung ini jadikan waktu terbaik untuk bersama anak-anak. Ambillah cuti sekali sekala untuk lebihkan masa bersama anak-anak. Tak perlu bercuti atau ke tempat-tempat mahal nak hiburkan hati anak, di rumah pun sudah memadai.
Memasak antara salah satu aktiviti yang buat anak cukup terhibur. Apa lagi menyediakan aiskrim homemade yang menjadi kegemaran mereka. Nak tambahkan khasiat lebih, masukkan buah-buahan sebagai bahan utama dalam aiskrim. Tak perlu tambah gula, hanya gunakan susu segar dan manis dari buah sebenar.
Resipi aiskrim dari Puan Shezz Yusof yang dikongsikan menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini memang unik kerana menggunakan 3 lapisan buah yang manis dan mempunyai warna yang mampu menarik perhatian anak kecil. Cuma katanya sedikit memerlukan masa kerana terpaksa menunggu aiskrim keras sebelum menambah lapisan lain. Tak mengapa, janji anak suka. Jom cuba.
Ads
Kegigihan seorang Mak buatkan ice-cream 3 layer untuk anak. First layer dragonfruit then avocado lastly mango. Lecehnya, setiap kali keluarkan mold untuk tambah layer, anak dah dok teriak jerit jerit “MOMMYYYYYY!! ES-YEMMM!!!”.
Bahan-bahan:
Buah naga
Buah mangga
Buah avokado
Susu segar
Ads
Saya lenyekkan satu persatu buah dan campur dengan susu full cream sedikit.
Masukkan satu persatu buah dalam acuan. Tunggu dah keras dalam 2 jam, then baru masukkan next buah. Sejuk bekukan sampai keras.
Bagi peminat mee celup Thai pasti tekak tu dah teringin untuk menikmatinya. Namun sekarang tak boleh nak keluar macam sebelum ini. Jadi apa kata cuba buat sendiri ikut resipi Ben Safwan.
Inilah resepi mee celup Ben Safwan antara paling lengkap. Sila ikut tips penyediaan bahan yang sama supaya akak dapat rasa kenikmatan mee celup di level sebenar. Jangan rushing. Ambil masa sediakan bahan rencah dulu.
Dah siap bahan rencah baru buat mee celup meggi celup nasi air ni. Kalau nak buat separuh bahan je, tak sedap bagi tekak Ben dan Ben rela tak buat selagi tak siap semua. Tolong beritahu terima kasih sebab penat Ben menaip Panjang ni.heee
10 bahan rencah yang bawa rasa mee celup ke peringkat lain
1) Resepi Minyak Cili Serai Halia Bawang putih
4 batang serai
Potong pendek, masuk food chopper dan ketepikan
2 labu bawang putih
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
5 cm halia muda
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
½ genggam cili padi
½ genggam cili besar
Potong, masuk food chopper dan ketepikan
Guna 2 cawan minyak masak. Goreng satu persatu bahan di atas ikut urutan. Api sederhana kecil ja .Angkat bila garing. Simpan semua bahan termasuk minyak ke dalam bekas kaca.Minyak tu tunggu suam .Masukkan 4 sudu teh serbuk cili untuk lebih sedap.
2) Resepi Air lada
Cincang lada thai setengah genggam guna food chooper tanpa air. Masukkan setengah cawan jus limau thai dalam botol dan 4-5 sudu makan cuka, Biarkan 1 malam di luar dan seminggu dalam peti baru sedap makan.
3) Resepi Lada Solok Jeruk
Potong lah lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.
Lps tu rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan.
Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk. Faham kan ?
Lps tu tos bersih buang rasa kapur tu. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih,tutup api.
Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lps tu cpt2 buang air dia dan alirkan air paip.
Masukkan dalam bekas bersih.
Panaskan 4,5 cawan air dengan 2 cawan cuka ,5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam . Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.
Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam tutup api. Biarkn sejuk.
Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman.
Dah boleh makan dah lada jeruk
Guna lada solok kalau nak bertambah sedap
4) Kacang tanah
Beli di kedai kacang tanah kisar yang tak berapa halus
5) Serbuk cili thai
Beli di sopi guna keyword ni. Pilih yang halus lagi sedap
6) Serbuk lada putih
Beli di mana-mana ikut akak
7) Ikan bilis rangup
Masukkan 1 genggam ikan bilis dalam air fryer, renjis minyak sikit dan bakar suhu 200 selama 12-13 minit. Confirm garing sedap. Takde Af, goreng manual
8) Bawang goreng asli
Ben beli yang 15 inggit sebotol. Yang homemade. Sedappp sangat. Yang tak de tepung berkilo melekat pada bawang
9) Garam
10) Gula Halus
Bahan Resepi Kuah Mee Celup
• 4-5 liter air
• Ayam/perut muda/perut tebal/tulang rusuk/daging
• 1 serai diketuk
• 3 ulas bawang putih ketuk
• 2 batang akar ketumbar ketuk
• 1 cm halia ketuk
• 2 cm lengkuas ketuk
• 1 kayu manis
• 1 sup bunjut
• 1 cengkih
• 2 sudu makan kicap pekat Jalen
Masukkan dalam periuk,ketuk semua yang mana perlu lepas tu masukkan dalam periuk.Renehkan 50-60 minit supaya turun air daging,air ayam tu bagi sedap.Tak perlu perasakan dengan garam gula. Itu di proses nak makan dah.
Cara buat bubur nasi :
1 cawan beras
6-7 cawan air
Masak atas api dapur gas, biarkan dan kacau sesekali hingga nasi sudah bertukar jadi bubur. Bila tengok kanji dah mula keluar, bersedia untuk tentukan tahap mana akak suka bubur tu. Jangan terlalu hancur. Tak sodap
Meggi, mee,mihun celur je macam biasa
Sayur :
Gunakan kangkong,taugeh,daun ketumbar dan asam limau nipis. Bukan limau kasturi
Kangkung dan taugeh tu rendam je dalam air panas. Tak perlu rebus.
Cara Gabung :
Letak mee,meggi,mihun,nasi air dalam mangkuk. Letak isi ayam,perut muda,daging or apa-apa lauk akak suka. Tambah pula sayur semua.Letak kuah secukupnya.
Baru letak 1 ½ sudu the gula halus, ½ garam, dan semua bahan rencah sikit-skit.
Perah asam limau dan gaul semua. Cuba rasa. Yang mana tak cukup lagi, tambahhhhhh
Semua ni atas skill pembuat/pengadun mee celup.
Masa menulis ni pun Ben boleh bayang satu-satu dan menitik air liur. Jadi silakan buat dan jangan lupa ucapkan terima kasih dan follow Ben Safwan jika nak resepi kampung yang ummmphhhhh.
#bensafwanresepi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minum petang dengan cekodok pisang memang terasa cukup puas, lagi-lagi makan sebaik diangkat dari kuali. Ubah kelainan minum petang dengan cekodok durian pula. Lagi sedap dan terangkat.
Hanya gaulkan durian dengan bahan lain dengan air panas agar lebih mesra dan gorengkan sahaja. Cukup mudah dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian Pn Nur Hayati Khalid ini.
Bahan-bahan:
1 cawan isi durian -dilenyek
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air panas
Masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
Secawan air panas, bukan air suam tau.
Gaul sebati.
Goreng di dalam minyak yang panas. Golekkan pakai senduk..baru jadi bulat.
Tadaaa, dah siap cokodok durian. Walaupun tak berapa bulat tapi sedap kakak buat.
Tips
* Kalau nak bulatkan pakai tangan pastikan tangan basah supaya tak melekat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas Burnt Cheesecake, kali ini kita cuba mencabar diri untuk mencuba Burnt Cheesecake Strawberi Yogurt pula. Rasanya cukup sedap, lembut dan gebu. Bagi anda yang tidak mempunyai ketuhar tidak perlu kecewa kerana kek sedap ini dihasilkan menggunakan Air Fryer sahaja. Cukup mudah.
Bukan itu sahaja malah resipi yang dikongsikan oleh Nadiah Sohaimi ini cukup mudah. Bagi anda yang rasa kurang yakin untuk mencuba, Burnt Cheesecake ini antara yang cukup mudah untuk disediakan. Malah confrim jadi!
Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt dengan menggunakan Air Fryer, AF Khind #ARF3000. Alhamdulillah first attempt menjadi.
Resipi:
250g Cream cheese tatura
Strawberry yogurt saiz kecil
1/2 cwn gula (kurangkan kalau tak nak manis)
2 biji telur + 1 telur kuning
1 penutup kecil vanilla
2 sdb lemon juice
2 sdb tepung (ayak dahulu)
1 sdk lemon zest (parutan kulit lemon)
Garam sedikit utk naikkan lagi rasa
Saya gunakan mixer tapi kalau blender pun boleh. Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati.
Masukkan yogurt, pukul adunan kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan kembang.
Masukkan vanilla, jus lemon dan garam.
Akhir sekali tepung dan lemon zest. Saya guna spatula untuk gaulkan tepung sebab tak nak terlebih pukul adunan dan tepung.
Untuk adunan kek yang lagi halus. Saya tapis dulu adunan ke dalam loyang size 6 inchi yang telah dilapik dengan baking paper (salut dengan butter jugak untuk extra safety tak nak bagi melekat)
Preheat AF 180° 5 minit, bakar 160° 20 minit. Tambah 180° 10 minit.
Lepas masak, cucuk kek dengan lidi di bahagian tengah, kalau lidi bersih kek dah masak sempurna. Saya tambah 170° selama 2 minit sebab lidi ada melekat sikit.
Hiasan saya tabur icing sugar.
*Lepas siap biarkan kek dalam AF dengan bakul sedikit terbuka supaya kek tak terkejut dengan suhu di luar. Lepas dah sejuk bolehlah sejukkan dalam peti sejuk. Alhamdulillahhh bila guna yoghurt strawberry dia tambah rasa dan bau yang wangi. Selamat mencuba.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.