Bagi anak-anak yang cukup suka makan aiskrim Cheese Cake seperti di Baskin’s Robin, apa kata anda cuba buatkan aiskrim lemon cheese ini pula.
Cara pembuatannya cukup mudah malah cukup enak, sedap dan berlemak. Nak cuba? Ikuti perkongsian Pn Shahmila Radha ini.
LEMON CHEESE CAKE ICE CREAM
Hanya guna empat bahan. Memang sedap, puas makan anak beranak. Saya share resepi kat sini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Fresh Milk 1 gelas besar
Cream Cheese 2 senduk besar
Lemon Juice 1/2 biji saiz sederhana
Gula Icing 3 table spoon
Campur semua bahan ni dan blend.
Kalau nak menarik letak pewarna kuning lemon sikit. Manis dan masam adjust ikut selera masing-masing ye.
Kalau suka manis lebihkan gula dan kalau tak suka masam sangat kurangkan lemon juice.
Cream cheese pun boleh adjust ikut citarasa sendiri.
Bila dah siap blend, tuang dalam acuan aiskrim. Nak letak dalam bekas plastik pun boleh. Sejukkan dalam 4-5 jam.
Siap!
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI