Resipi Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Mantap, Patutlah Laku Keras!

Share

Cuti sekolah yang panjang ditambah pula dengan musim panas ini, apa kata kita buatkan anak dengan aiskrim malaysia di rumah. Barulah anak seronok sepanjang bercuti.

Perisa apa? Lain dari yang lain, aiskrim Malaysia dengan filling cream cheese ini mama kena cuba. Memang terlajak sedap resipi perkongsian Nurul Zainuddin ini.


Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.

Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha. Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling.

Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa

Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.

Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.

Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.

Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.

Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.

Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.

Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna. Banyak tau. Hehe

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM