Jika sebelum ini aiskrim solera hanya dibeli di kedai, apa kata kita cuba buat sendiri pula di rumah bersama anak-anak. Dengan hanya menggunakan serbuk limau nipis yang dijual di kedai, aiskrim solera shot ini mampu dihasilkan sama macam kedai.
Rasanya masam-masam, manis dan berlemak. Cukup mudah nak membuatnya. Satukan dua adunan limau dan susu, solera shot anda sudah boleh dinikmati bersama anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian Pn Sharla Rose ini. Superb!
ICE CREAM SOLERO SHOT
Air limau:
1.5 liter air
Gula (sesedap rasa)
Serbuk limau nipis/pati limau nipis (sesedap rasa, masam sikit lebih sedap)
Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
2 sudu tepung jagung
Kacau semua bahan hingga larut.
Masak hingga mendidih dan sejukkan.
Bahan Susu Perisa Vanilla
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar ovelette
1 sudu besar esen vanila
Gula (sesedap rasa, tak perlu banyak sebab susu pekat dan manis)
2 cawan kecil air
2 sudu besar tepung jagung
Kacau semua bahan hingga larut.
Masak hingga sedikit mendidih dan sejukkan.
Artikel berkaitan:Aiskrim Homemade Tiga Layer, Guna 5 Bahan Saja, Tak Cukup Makan Satu!
Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade, Makan Sejuk Terasa Nikmat Coklatnya
Aiskrim Durian Homemade, Lagi Puas Buat Sendiri, Anak Makan Berebut
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI