Aiskrim berperisa mungkin sudah biasa. Apa kata kali ini mama sediakan aiskrim dengan buah ala-ala di kiosk Llao Llao pula.
Skopkan aiskrim tinggi dan taburkan buah-buahan potong penuh-penuh dalam mangkuk. Memang sedap. Nak cuba resipinya? Jom cuba resipi perkongsian Tyra Manan ini.
AIS KRIM YOGURT ALA LLAO LLAO
BAHAN-BAHAN :
Yogurt asli – 470g (kalau tak berapa suka masam boleh kurangkan)
Whipping cream – 2cup
Susu pekat – 1/2 cup
Ovellete – 1tbsp
Sunquick lemon – 2tbsp (optional – kalau takda ni boleh ganti dengan perahan lemon)
Mixkan semua bahan sampai gebu.
Lepas tu masukkan dalam bekas & masuk dalam peti ais dalam 2-3 jam atau semalaman.
Ads
Dah keras nanti baru letak topping.
TOPPING : Terpulang masing-masing nak letak apa.
Ads
Yang Tyra buat ni, coklat coin + whipping cream cairkan kaedah double boil. Pastu tabur brownies (kebetulan pagi tadi buat brownies), coklat cadbury bites & chipsmore yang dah dihancurkan.
Yang bowl satu lagi tu, Tyra buat topping choc yang sama & letak buah mangga + kiwi.
Ads
*Resepi ni boleh dapat banyak tau, kalau korang tak ramai, boleh try buat setengah dari resepi ni.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak cuba biskut moden yang popular tetapi tidak yakin kerana sedikit menyukarkan. Apa kata kita cuba biskut ringkas yang cukup mudah disediakan.
Resipi Biskut Casablanca ini antara yang boleh dicuba bersama anak-anak. Ia ringkas dan paling mudah disediakan. Paling menarik, gabungan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Roz Mika.
Berhajat, boleh cuba resepi di bawah. InshaaAllah ..rasa tak mengecewakan. Casablanca Delight Cookies.
Berdiet tanpa nasi tak kan pernah gagal jika kena caranya. Dengan menggantikan oat antaranya, perut jadi lebih kenyang dan rasa selesa nak berdiet. Mak-mak bolehlah cuba cara dan idea Fafae Mimie ini.
Menu simple dengan Overnight Oat. Jom cuba!
Suami kata petang ni tak nak makan nasik. Nak diet makan oat je. Sekali tak cukup sebekas. Diet kelaut akhirnya.
Antara overnite oat saya, resepi mudah je.
Bahan-bahan:
4 sudu rolled oat (jangan instant oat nanti lembik tak sedap)
200ml fresh milk/ low fat (tak suka cair boleh kurangkan)
1 sudu greek/ natural yogurt
1 titis stevia/ madu asli
Buah dalam segenggam
Tuang je semua bahan satu persatu dalam bekas.
Sejukkan dalam peti sejuk sekurangnya 4 jam.
Siap!
Nak letak kacang sikit pun boleh, jangan banyak-banyak nanti kalori tinggi dik non.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali menu ringkas sebagai sarapan buat anak kekenyangan hingga ke tengah hari. Lagi-lagi bagi anak yang tak berapa gemar dan dah mula bosan makan nasi.
Bread Tuna Cheese ringkas dari cikgu media sosial, Azlina Ina Fans ni mama wajib cuba. Sedap!
Salam anak-anak mak semua. Suka sarapan mudah dan sedap. Jom cuba Bread Tuna Cheese ni ok.
Bahan-bahan:
Roti putih -tepi-tepi dia potong
Telur
Garam
Lada sulah
Marjerin
Tuna
Cheese slice
Pecah telur tambah garam dan lada sulah. Kacau.
Roti tadi sapu dengan majerin satu bahagian.
Satu bahagian lagi sapu tuna (kalau korang nak pedas nak tambah dengan cili padi atau bawang pun boleh)
Tutup kan lepas letak 1 slice cheese.
Siap macam gini.
Celupkan roti tadi dalam telur.
Goreng dengan minyak sedikit dan siap dimakan. Senang je.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.