Aiskrim berperisa mungkin sudah biasa. Apa kata kali ini mama sediakan aiskrim dengan buah ala-ala di kiosk Llao Llao pula.
Skopkan aiskrim tinggi dan taburkan buah-buahan potong penuh-penuh dalam mangkuk. Memang sedap. Nak cuba resipinya? Jom cuba resipi perkongsian Tyra Manan ini.
AIS KRIM YOGURT ALA LLAO LLAO
BAHAN-BAHAN :
Yogurt asli – 470g (kalau tak berapa suka masam boleh kurangkan)
Whipping cream – 2cup
Susu pekat – 1/2 cup
Ovellete – 1tbsp
Sunquick lemon – 2tbsp (optional – kalau takda ni boleh ganti dengan perahan lemon)
Mixkan semua bahan sampai gebu.
Lepas tu masukkan dalam bekas & masuk dalam peti ais dalam 2-3 jam atau semalaman.
Dah keras nanti baru letak topping.
TOPPING :
Terpulang masing-masing nak letak apa.
Yang Tyra buat ni, coklat coin + whipping cream cairkan kaedah double boil.
Pastu tabur brownies (kebetulan pagi tadi buat brownies), coklat cadbury bites & chipsmore yang dah dihancurkan.
Yang bowl satu lagi tu, Tyra buat topping choc yang sama & letak buah mangga + kiwi.
*Resepi ni boleh dapat banyak tau, kalau korang tak ramai, boleh try buat setengah dari resepi ni.
Menarik: Tak Boleh Keluar Hanya Duduk Rumah, Sistem Imuniti Anak Terjejas
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)