Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Rasanya yang manis bertelur menjadi kegemaran orang muda. Warna kuih ini sedikit gelap dan sesuai untuk dijadikan kuih hidangan petang.

Baca: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!

Kuih ini agak popular lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Jika dilihat cara pembuatan secara tradisional sangat merumitkan. Tidak hairanlah ramai yang hanya membeli di kedai sahaja. Namun, dengan teknologi yang ada sekarang, resipi sudah diolah dan lebih memudahkan bagi yang ingin mencuba untuk membuat kuih ini sendiri di rumah.

Resipi akok menggunakan pembakar roti yang dikongsi oleh Puan Halimatun AsSaadiah Ismail‎ sangat mudah. Confirm jadi dan senang disediakan. Boleh dicuba untuk dijadikan juadah berbuka nanti.

Sedap di makan panas-panas dan tak bau hanyir telur walaupun dah sejuk..

Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah. Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Resepi sy dah adjust sikit

Ads

(1 cawan air + Gula pasir + gula merah + daun pandan) Masak air gula & sejukkan
Sukatan ikut kemanisan masing-masing

Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah. Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Bahan-Bahan

1) 5 biji telur
2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gambar (option)

Ads

Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah. Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Perisa pandan ni ada color.. so nampak kuih akok tu seakan-akan hijau.. tak perlu blend daun pandan dah..

3) Secubit garam
4) Santan 1/2 kotak (size kecil)
5) Tepung gandum 3 sudu makan (blend semua sekali dalam 2 minit)
6) Masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown
7) Masukkan air gula yang dah sejuk tadi, blend sekejap

Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah. Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Ads

Lepas tuang sila tutup ye.. bakar selama lebih kurang 5 minit.. kalau masih belum nampak golden brown tutup semula penutup then bakar lagi..

Bakar sampai jadi golden brown…

Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah. Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Baca: Mee Rebus Kelantan Menu Berbuka Dan Sahur, Mudah Je Nak Buat. Makan Pun Sedap!

Sumber: Halimatun AsSaadiah Ismail‎, Rasa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI