Sudah terlalu bosan dengan menu raya, apa kata kita hidangkan apam pula untuk sajian sarapan dan minum petang anak-anak.
Apam Cheese Kukus ini bukan hanya mudah disediakan bahkan ia cukup digemari anak-anak kita. Tak percaya jom cuba. Simple!
Bahan-bahan:
2 cwn tepung gndum
1 cwn gula halus
1 sd besar baking powder
2 cwn susu cair/segar
2 sd besar planta
1 biji telur
1 sd kecil esen vanila
125gm cheddar cheese – parut halus
Memula cairkan planta, letak tepi jap.
Dalam bekas lain satukan susu, telur dan esen vanila. Kacau sebati.
Tuang planta cair tadi dan kacau lagi.
Ambil lagi satu bekas, satukan tepung bersama gula dan baking powder. Kacau rata.
Tuang campuran susu dalam bekas tepung dan whisk sampai tak ada lagi tepung yang berbintil. Asingkan sikit adunan untuk buat corak atas apam.
Masukkan cheese parut dan gaul pelan-pelan sampai rata cheese dalam adunan.
Sapu acuan dengan minyak dan isi 2/3 penuh acuan.
Cara nak buat corak, bahagikan adunan yang diasingkan tadi dan letakkan pewarna. Masukkan dalam piping bag dan potong sikit hujungnya. Paipkan dot-dot atas adunan.
Ambilkan toothpick dan lorek ikut suka.
Panaskan kukusan dan kukus selama 10-12 minit guna api sedang.
* Biar air kukusan didih lama sikit baru masukkan apam.
* Kalau kukus yang pertama apam tak naik/tak masak besarkan sikit api untuk kukus kali kedua.
Kredit resipi: Nor Izan Mustapa
Menarik: Resipi Superfood Untuk Anak Nak Tumbuh Gigi, Boleh Kuatkan Immune System Comfort Food Anak
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)