Berbanding jenis apam lagi, Apam Jepun Gebu ini lain dari yang lain kerana diletakkan inti di dalamnya. Malah rasanya lebih manis dan sebati.
Nak tahu macam mana nak membuatnya? Bahan mudah dan simple tapi cukup mudah nak disediakan. Jom cuba perkongsian resipi dari Kebun Cenonet ini.
Dulu-dulu waktu belum ada Corona, saya ada juga ke pasar malam. Singgah gerai apam balik. Beli jenis berinti kacang dan nanas. Saya tak tahu kuih ini dipanggil apa. Puaslah saya membuat carian di internet.
Maka bertemulah dengan 3 nama ini. Yang selama ini saya panggil apam balik bulat. Macamlah ada apam balik yang bukan bulat.
Alhamdulillah, saya berjaya menghasilkan dengan menggunakan dua versi acuan. Acuan telur dan acuan takoyaki. Tak perlu ke pasar malam lagi.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 cawan susu cair ( saya bancuh susu tepung)
1 biji telur
1 cawan air
1/2 packet yis kering (6 gr)
3 sudu besar gula perang ( gula putih pun boleh aje)
1 sudu besar marjerin cair
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
Inti:
Jem nanas
Ads
Semua bahan saya guna whisk sahaja. Saya gandakan dua adunan. Semua hanya disatukan dalam bekas.
Biarkan sejam, kemudian bolehlah dimasak. Lepas sejam, adunan menjadi begini.
Ads
Masuk adunan, letak jem, kemudian tuang adunan menutupi jem.
Tuang adunan, letak jem, tuang lagi adunan menutupi jem. Biar sampai masak dan angkat.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Purple’ Pancing Selera Anak Nak Makan
Kuih ketayap biasanya berwarna hijau dan dibuat menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Intinya pula kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu. Mesti anak-anak tertarik dengan warna kuih ketayap yang menarik ini.
RESIPI KUIH KETAYAP BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Selalu kalau beli roti memang tak pernah habis, jadi sudahnya terpaksa dibuang saja. Jadi sebelum sampai tarikh luput dan masih banyak roti yang berlebihan apa kata buatkan cucur roti untuk kudapan petang anda sekeluarga.
Mudah dan sedap, hanya menggunakan beberapa bahan sahaja anak-anak pun pasti suka dan teruja dan makan. Cicah dengan sos tomato atau sos cili, pasti sekelip mata dah habis dimakan. Senang dan dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Ikuti perkongsian resipi oleh Puan Zuraita Mohd Anua yang menurutnya juga dia mengambil resipi tersebut daripada perkongsian warga maya di media sosial.
Terima kasih pada yang share resipi ni. Selalu saya terpaksa buang lebihan roti kalau dah expired. Sayang sangat. Nak buat puding roti, anak-anak tak suka. Saya pernah buat tapi tak dimakan. Padahal saya rasa sedap habis dah dengan taburan choc chips, tapi dorang tak suka. Buat puding roti karamel pun, cuma saya jelah yang terpaksa makan. Buat karipap roti, tak rajin pulak buat inti huhu. Bila tahu resipi boleh buat cucur ni, syukur sangat. Taklah membazir roti. Saya buat tadi untuk bekal Zil ke sekolah. Resipi ada kat gambar last.
Biar betul guna 3 bahan je? Popia coklat ini pernah viral menjelang hari raya aildilfitri tahun lepas. Penangan Khairul Aming memang meletup! Mudah sangat nak buat, guna 3 bahan mudah je! Bahan pun mudah untuk didapati, semua orang pun boleh buat. Memang laku keras kalau buat ni, cepat je habis. Jom ikuti resepi perkongsian popia coklat viral oleh Khairul Aming di bawah.
Gulung popia. Boleh gunakan straw untuk lebih kemas dan mudah. Hujung gulungan tu lekat kan sedikit dengan gam (air+tepung gandum sikit ) Guntingkan popia kecil-kecil dan goreng hingga keperangan.
Sambil tunggu popia sejuk, buat coklat dia. Cairkan coklat bar dalam 1 cawan (kaedah double boiler) atau ikut agak-agak yang boleh salut untuk popia kita tadi. Biar sejuk sikit, gaul sebati coklat dan popia tadi. Letak dalam papercup. Siap.
Ssetengah coklat takkan keras dalam suhu bilik. jadinya boleh letak dalam peti ais atau boleh letak pada suhu bilik.
Akhir sekali tambah nestum di atas popia coklat sebagai hiasan.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...