Apam kampung antara resipi terbaik yang paling mudah hendak disediakan. Hanya campurkan kesemua adaunan dan biarkan diperap seketika sebelum dikukus hingga masak. Cukup mudah dan dek kerana itulah menghasilkan apam sebenarnya tidak pernah berdepan dengan masalah tak pernah gagal. Apam anda pasti menjadi dan lembut.
Nak cuba resipi apam kampung yang dikongsikan oleh Alifah Alias ini? Langkah demi langkah yang ditunjukkan pastinya membantu untuk anda mencuba dengan yakin. Terbaik.
Resipi wajib cuba: Tak Pandai Buat Kuih Cuba Apam Kampung Gula Merah Ni Paling Senang!
Tak dapat balik kampung. Kita bikin apam kampung. Resepi apam kampung tak pernah tak jadi.
Bahan-bahan:
======
3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 peket yis/mauripan
*1/2 cawan gula merah
*1/2 cawan air
Tips apam sedap
==========
1. Kukus guna api besar.
2. Biarkan air panas atau menggelegak dulu baru letak pengukus.
3. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk elakkan wap air jatuh atas apam.