Resipi Apam Kukus Gula Merah, Bahan Senang Dan Pasti Jadi, Patutlah Ramai Share!

Share

Apam yang cantik dan berwarna-warni sememangnya mampu menarik perhatian anak-anak kita. Namun tidak kurang hebatnya dengan apam gula merah yang satu ni.

Resipinya ringkas dan paling senang hendak dicuba. Bagi yang rasa tidak yakin nak cuba buat apam, apa kata cuba buatkan apam ni. Memang sedap!


KUIH APAM GULA MERAH

Bahan A:
200 gram gula merah
150 gram gula pasir
600 ml air
3 helai daun pandan ikat simpul
Bahan diatas dimasak hingga gula larut sampai mendidih toskan, biarkan sejuk

Bahan B:
450 gram tepung gandum
150 gram tepung beras
8 gram yis mauripan
Secubit garam

Dalam bekas campur bahan B kecuali garam. Gaul rata lalu masukkan air gula merah (bahan A) sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.

Masukkan garam, adun hingga betul-betul sebati. Perapkan sekejap selama 50 minit.

Setelah adunan mengembang, tuang ke loyang brownies 20×20 yang terlebih dahulu disapu minyak.

Kukus adunan 30 minit atau sehingga masak, sajikan dengan kelapa parut.

Kelapa parut:
1/2 bj kelapa parut tambahkan garam sedikit, gaul rata dan kukus 15 minit, masukkan daun pandan biar wangi.

Menarik: Kek Span Vanilla Dengan Buttercream, Buat Sendiri Box Of Happiness Viral Untuk Anak, Semudah ABC

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Kredit: yulichia88

Published by
SRM