Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer, Jamu Anak-anak Makan Mesti Habis Licin
Resipi ayam bakar antara menu yang mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak selain cepat dimasak. Dengan hanya menggunakan menggunakan air fryer, mama boleh menyiapkan ayam bakar dalam tempoh yang singkat.
Selain menu yang sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak, menu ayam bakar menjadi menu pembuka selera bukan sahaja untuk si kecil malah menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.
Masa yang diperlukan pun tidak lama untuk menyediakan ayam bakar ini. Sambil-sambil tunggu ayam masak, mama boleh buat kerja-kerja lain. Cukup masa, ayam bakar siap dimasak!
Mari kita cuba resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
BAHAN-BAHAN:
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
4 ulas bawang putih
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juice.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)