Resipi Ayam Bakar Madu Ala Bazaar Ramadhan, Sedapnya Sampai Menjilat Jari, Mudah!

Share

Bulan puasa yang tinggal beberapa hari saja lagi pastinya membuatkan ibu sibuk mencari pelbagai resipi. Resipi berasaskan ayam antara menu yang begitu disukai anak-anak kita. Selain ayam goreng, ayam panggang madu ala bazaar Ramadhan ini pasti buat anak makan lebih berselera.

Jom cuba resipi mudah dan sedap dari Pn Puteri Hana Sofia ni. Sedap!


Tak lama lagi bulan Ramadhan boleh la buat lauk untuk berbuka, puas makan kalau masak sendiri, jimat pun jimat.

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
*Boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C
Sedikit sos tiram
Madu
Sos cili
Sos tomato
setitik pewarna merah
(cantikan warna ayam bila dibakar)
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Serbuk kayu manis
Serbuk cili
Serbuk paprika
Sedikit lada putih
Garam
Gula perang (lebihkan gula lagi sedap rasa ayam bakar)
Sedikit olive oil
1 sudu besar butter
*Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 minit.

Bahan D
======
Gula atau madu. Boleh skip kalau tak suka, saya letak madu supaya tak de la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi.

Perap selama 1 jam. Nak lagi sedap perap semalaman.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15 min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Saya guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30 min.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni Sedap Hingga Menjilat Jari!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM