Menurut penyelidik, bayi akan hanya makan makanan yang biasa pada mereka sehingga mereka mula menerima dan menyukai makanan baru. Sebagai ibu bapa, bagaimana anda boleh mengendalikan situasi ini apabila anak anda hanya makan satu atau dua jenis makanan atau cerewet makan? Mungkin anda boleh mencuba mempelbagaikan resepi ayam dan makanan lain untuk menarik minat makan anak anda

Berikut adalah cara dan tip untuk membantu anda mengatasi masalah` anak memilih makanan;

-Cuba untuk bersabar dan tenang. Masa makan seharusnya sesuatu yang seronok dan menyelesakan.

-Sentiasa cuba memperkenalkan hidangan baru setiap kali waktu makan.

-Biarkan anak anda makan sayuran yang digemari. Jika anak anda hanya menyukai dua atau tiga jenis sayuran, biarkan mereka makan seperti biasa dan tambahkan sayuran baru untuk anak anda cuba.

-Jadilah tukang masak yang kreatif. Anda boleh potong roti dalam bentuk yang menarik atau potong buahan dalam bentuk bola kecil. Belikan mangkuk dan pinggan dengan warna yang menarik, ceria dan terang.

-Jadi contoh yang terbaik kepada anak anda. Ketika waktu makan bersama keluarga, tunjukkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ia akan menggalakkan anak anda untuk membina tabiat makanan yang baik.

Tetapkan waktu makan; 3 hidangan utama dan 2 snek sihat sehari. Ada yang mengatakan anda perlu membiarkan anak anda berasa lapar dan menghindari makanan ringan. Paling penting, sebelum waktu makan, jangan benarkan anak anda makan sebarang snek atau gula-gula.

-Jangan paksa anak anda makan sesuatu yang tidak digemarinya. Tetapi, anda boleh memberi galakan secara perlahan-lahan untuk mencuba sesuatu yang baru.
Elakkan daripada meninggikan suara apabila anak anda enggan makan sesuatu. Cuba untuk memberi suapan lagi.

-Pastikan anak anda tidak makan makanan ringan atau snek sebelum waktu makan utama. Apabila lapar, anak anda akan cenderung untuk mencuba sesuatu hidangan yang baru.

-Gunakan pendekatan motivasi positif. Beritahu kepada anak anda betapa hebat dan bagusnya mencuba makanan baru dan sihat atau berapa cantik dan besar dia akan jadi jika mencuba makanan baru.

-Cara yang paling terbaik adalah untuk mempelbagaikan pilihan makanan yang sihat. Persekitaran yang positif adalah penting untuk menjadikan waktu makan menyeronokkan dan makanan menjadi menyelerakan.

Resepi Ayam Buat Anak yang Cerewet Makan – cerewet

Normal untuk kanak-kanak bertukar tabiat makan dari hari ke hari. Malah, normal juga jika si kecil tidak mahu mencuba menu makanan baru sehinggalah anda menghidangkan beberapa kali kepada mereka. Ramai ibu bapa yang bimbang tentang apa yang anak mereka makan dan tidak makan.

Walau bagaimanapun, pemakanan kanak-kanak tidak seharusnya menjadi perkara yang mengecewakan, sebaliknya ini adalah masa yang terbaik untuk anda menggunakan tip di bawah kepada anak anda sebelum mereka mengikut cara mereka sendiri, dan mula untuk menolak makanan baru.

Jangan paksa anak anda makan
Anda perlu hormati selera anak anda. Jika anak anda tidak lapar, jangan paksa dia makan hidangan utama ataupun snek. Juga, jangan rasuah atau paksa anak anda untuk makan makanan tertentu atau menghabiskan makanan mereka. Cara ini hanya akan menguatkan pergelutan mereka terhadap makanan. Sebagai tambahan, anak anda mungkin akan mengaitkan masa makan dengan kebimbangan dan kekecewaan atau menjadi kurang sensitif kepada rasa lapar atau rasa kenyangnya sendiri.

Hidangkan dalam posyen atau bahagian kecil untuk mengelakkan anak anda rasa muak dan berikannya peluang secara bebas untuk menambah hidangan.

Ikut jadual hidangan
Anda disarankan untuk menyediakan hidangan dan snek pada masa yang sama setiap hari. Anda boleh sediakan susu atau 100 peratus jus bersama makanan, tetapi jangan lupa untuk menawarkan minuman di antara makan utama dan snek. Dengan membenarkan anak anda untuk menambah jus, susu ataupun snek sepanjang hari boleh mengurangkan selera makannya untuk makan hidangan utama.

Perkenalkan makanan baru perlahan-lahan
Anak kecil selalunya akan sentuh atau bau makanan baru, dan mungkin akan merasa sedikit makanan tersebut serta meluahkannya kembali. Anak anda mungkin perlu mengulang makan makanan baru beberapa kali 10 hingga 15 kali sebelum dia mula menyukainya.

Ads

Galakkan anak anda menyukai makanan baru dengan cara bercerita kepadanya tentang warna makanan, bentuk, aroma dan tekstur, bukannya tentang kelazatan makanan tersebut. Hidangkan makanan baru bersama dengan makanan kegemaran anak anda.

Jadikan ianya menarik
Terdapat beberapa cara untuk menjikan makanan menyeronokkan buat kanak-kanak. Antaranya adalah dengan membuat bentuk menarik pada makanan yang dihidangkan. Si kecil pasti akan menyukainya dan mereka juga tidak memerlukan banyak masa untuk memotong daging, keju, buah-buahan, ataupun sayur-sayuran kerana ia dibuat dalam bentuk yang menarik. Selain itu, anda juga boleh menghidangkan pelbagai makanan berwarna terang untuk memaksimakan minat mereka terhadap makanan tersebut. Libatkan juga anak anda dalam pemilihan dan persediaan makanan.

Semasa membeli barang dapur pula, minta anak anda untuk membantu anda memilih buah, sayur dan pelbagai lagi makanan berkhasiat. Ini adalah cara penting untuk mengajar mereka tentang pilihan makanan dan menjadikan makanan lebih menyeronokkan. Namun, janganlah membeli makanan yang anda tidak mahu anak makan seperti makanan ringan. Di rumah, galakkan kanak-kanak untuk membantu anda mencuci sayuran, memukul adunan ataupun menyiapkan meja makan.

Jadilah model terbaik
Cara terbaik untuk mempengaruhi anak anda adalah dengan menunjukkan contoh tauladan terbaik. Jika anda makan pelbagai jenis makanan berkhasiat, anak anda akan lebih mudah untuk terikut cara pemakanan anda.

Jadi kreatif
Terdapat beberapa resipi kreatif untuk kanak-kanak, kebanyakannya mudah namun kesannya mengagumkan. Kanak-kanak pula akan seronok untuk mencuba resipi tersebut. Anda boleh mencampurkan beberapa sayuran dan buah-buahan dalam resipi tersebut, tanpa perlu memaksa anak makan semasa waktu makannya.

Elak gangguan
Makan di hadapan televisyen merupakan suatu jenis gangguan, dan kanak-kanak mungkin tidak akan perasan jika mereka sudah kenyang kerana tumpuan mereka teralih ke arah program di televisyen. Tambahan pula, iklan di televisyen juga boleh menarik kanak-kanak untuk makan makanan yang kurang nutrisi dan manis.

Kawal manisan atau pencuci mulut. Jika anda menawarkan pencuci mulut sebagai ganjaran, anak anda mungkin fikir bahawa pencuci mulut adalah makanan terbaik, yang mana boleh meningkatkan keinginan anak anda untuk makan makanan yang manis. Anda mungkin boleh pilih untuk menyediakan pencuci mulut satu atau dua kali dalam masa seminggu, dan perkenalkan juga pilihan pencuci mulut yang lebih berkhasiat seperti buah dan yogurt.

Jangan sediakan lain-lain hidangan
Menyediakan hidangan berasingan untuk anak anda akan menggalakkan lagi kelakuan negatif mereka terhadap makanan dan menyebabkan kesan yang bahaya, termasuklah menggalakkan mereka menjadi cerewet makan. Malahan, anda perlu menggalakkan anak anda untuk tetap berada di meja makan pada setiap waktu makan, walaupun anak anda tidak mahu makan. Sentiasa sediakan anak anda pilihan makanan yang sihat sehinggalah mereka sudah biasa dan mengutamakan makanan sihat dalam diet mereka.

Jika anda khuatir akan tabiat memilih makanan anak anda mengganggu perkembangan dan tumbesarannya, berjumpalah dengan doktor anak anda. Dan, sentiasa ingat bahawa tabiat makan kanak-kanak tidak boleh berubah sekelip mata, namun setiap langkah kecil yang anda ambil setiap hari boleh membantu menggalakkan anak mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Panduan penggantian makanan untuk kanak-kanak
Resepi Ayam Buat Anak yang Cerewet Makan – penggantian
Jangan risau jika anak anda seorang yang tidak akan atau tidak boleh makan sesetengah jenis makanan tertentu. Ini kerana terdapat beberapa penggantian makanan untuk menggantikan makanan yang anak anda tidak boleh makan.

Penggantian untuk buah-buahan
Jika kanak-kanak tidak mahu makan buah-buahan segar, anda boleh cuba berikan pada anak anda buah-buahan kering. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan kering yang dijual di pasaran seperti aprikot kering, pir kering, kismis kering, ceri kering, mangga kering, nanas dan pisang kering. Selain itu, ibu bapa juga boleh memperkenalkan anak kepada yogurt atau sos puri yang diperbuat daripada buah-buahan segar atau beku, dan perlahan-lahan memperkenalkan mereka kepada buah-buahan potong, yang dihidangkan bersama sos epal.

Ads

Vitamin C ialah pilihan yang baik jika anak anda menolak untuk makan buah-buahan sitrus. Anda boleh cuba mencampurkan buah seperti buah beri biru, epal potong, dan meletakkan pisang dalam mufin, roti dan lempeng wafel.

Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin, serat dan mineral. Anda juga boleh menemui nutrien-nutrien ini dalam sayur-sayuran. Jika anak anda tidak menyukai buah-buahan, sebagai alternatif, anda boleh mengajarnya untuk makan sayur-sayuran, sama ada dimakan secara mentah atau dimasak.

Penggantian untuk daging
Gantikan dengn ikan, ayam itik, telur, tauhu, kekacang (sayur kacang kering, kacang kuda, dan kacang pis) dan bijian, dan mentega kacang. Gunakan bahan-bahan ini dicampurkan bersama campuran sayur-sayuran untuk dijadikan sos pasta, inti taco; roti, kraker, dan pasta yang diperbuat daripada tepung diperkuat dengan zat besi, berbanding menggunakan daging kisar.

Penggantian untuk susu
Keju, yogurt, dan makanan tenusu lain yang diperbuat daripada susu lembu, susu kambing, atau susu kambing biri-biri; susu kacang soya dan berasaskan beras, sebagai pengganti kepada susu. Tanya pakar pediatrik sama ada anak anda perlu mengambil suplemen vitamin B12 dan D. Selain itu, anda boleh berikan anak anda ikan tin dengan tulang (salmon, sardin, hering) untuk kalsium dan vitamin D; serta sumber kalsium dalam sayur-sayuran seperti brokoli, yang turut mengandungi vitamin D.

Penggantian untuk sayur-sayuran
Jika anak anda tidak mahu makan sayur-sayuran berdaun hijau, anda boleh cuba berikannya sayur-sayuran berwarna kuning gelap dan oren (seperti lobak merah, labu, ubi keledek). Makanan-makanan ini menyediakan anak anda dengan pelbagai jenis vitamin dan asid folik. Jika anak anda tidak suka pada sayur-sayuran yang dimasak, dia mungkin menggemari sayuran batang mentah dan salad. Selain itu, anda boleh berikan padanya jus sayuran rendah-sodium berbanding jus buahan. Kanak-kanak yang enggan makan sayur biasa boleh diberikan sayuran yang digoreng; dicampur dalam pasta dan sos taco dengan sayuran yang dicincang halus, atau ditambah dengan daging.

Penggantian untuk roti bijian penuh
Terdapat beberapa jenis makanan berkanji yang anda boleh gunakan untuk menggantikan roti bijian penuh, seperti roti putih tinggi-serat; kraker gandum penuh, dan pasta gandum penuh. Makanan-makanan ini mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang amat penting untuk membekalkan tenaga bagi menjalani aktiviti harian.

Resepi ayam pemikat selera kanak-kanak
Berikut merupakan beberapa hidangan resepi ayam yang mudah untuk disediakan dengan rasa yang cukup enak untuk dinikmati dan pastinya dapat memikat selera kanak-kanak. Selamat mencuba!

Parmesan Crusted Chicken
Resepi Ayam Buat Anak yang Cerewet Makan -parmesan crusted chicken (1)

Resipi Ayam Buat Anak Yang Cerewet Makan. Mudah Dan Simple, Anak Pasti Suka

Bahan-bahan untuk salutan ayam:

½ cawan tepung serba guna
2 biji telur
⅔ cawan serbuk roti
⅓ cawan keju parmesan
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh lada hitam
2 sudu besar campuran herba segar yang dicincang halus seperti thyme, pasli, atau rosemary
Bahan-bahan untuk ayam:

Ads

3-4 ketul bahagian dada ayam tanpa tulang, ditumbuk sehingga ¼ ketebalan
Garam dan lada hitam
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar minyak zaitun
Lemon, untuk penambah perisa

Cara penyediaan:

Sediakan tiga bekas atau mangkuk untuk proses penyediaan. Pada bekas atau mangkuk pertama; letakkan tepung. Pada mangkuk kedua, pukul telur. Pada mangkuk atau bekas yang terakhir, iaitu yang ketiga, campur dan gaul rata herba yang dicincang.

Gaul rata ayam bersama garam dan lada hitam. Kemudian celupkan ayam ke dalam mangkuk pertama berisi tepung dan goyangkan sedikit sehingga lebihan tepung jatuh dan hanya lapisan nipis sahaja kekal tersalut pada ayam. Kemudian celupkan ayam ke dalam telur, terbalikkan ayam sehingga telur bersalut rata pada ayam, pastikan tiada lebihan salutan telur pada ayam. Akhir sekali celupkan ayam dalam campuran herba, terbalik ayam beberapa kali untuk memastikan campuran herba menyaluti ayam dengan baik. Letakkan ayam yang tersedia bersalut di dalam pinggan lain. Teruskan mengulangi langkah yang sama pada isi ayam yang lain.

Campurkan kedua-dua minyak dan panaskan dalam kuali atau saute pan dengan api sederhana. Apabila minyak sudah panas, masukkan ayam yang sudah bersalut dan masakkan selama dua hingga tiga minit sehingga bahagian pertama berwarna coklat keemasan, kemudian terbalikkannya. Masak pada bahagian yang kedua sehingga berubah menjadi warna yang sama untuk tempoh dua hingga tiga minit. Hidangkan dengan potongan lemon.

Popcorn chicken
Resepi Ayam Buat Anak yang Cerewet Makan -popcorn chicken

Resipi Ayam Buat Anak Yang Cerewet Makan. Mudah Dan Simple, Anak Pasti Suka
Bahan-bahan:

4 bahagian dada ayam
3 cawan bertih beras (rice krispies)
1 ½ auns keju parmesan, diparut halus
2 sudu minyak zaitun
1 sudu teh oregano kering
½ sudu teh serbuk bawang putih
2 biji telur
1 sudu makan susu

Cara penyediaan:

Panaskan ketuhar pada 200℃ dan sediakan dulang pembakar dengan kertas parchment.
Potong dada ayam ke dalam ketulan bersaiz kecil dan letakkan dalam mangkuk

Campurkan bertih beras, parmesan, oregano dan serbuk bawang ke dalam pengisar. Selepas dicampur rata, masukkan minyak zaitun dan kisar sekali lagi. Kemudian taburkan campuran yang dikisar ini ke dalam pinggan dengan rata.

Pukul telur dan susu dalam sebuah mangkuk.

Masukkan ketulan ayam yang sudah dipotong kecil ke dalam mangkuk yang mengandungi campuran telur dan susu, kemudian masukkan ke dalam pinggan berisi kisaran campuran bertih beras, oregano, serbuk bawang dan minyak zaitun. Anda boleh lakukan sehingga 6 hingga 8 ketulan ayam dalam satu-satu masa.

Ketulan ayam yang sudah bersalut diletakkan dalam dulang pembakar dan dibakar selama 13 hingga 15 minit sehingga warnanya berubah kepada coklat keemasan dan masak.

Hidangkan dengan segera bersama sayuran cincang (sebarang sayuran yang anda suka), atau bersama potato wedges.

Mempunyai anak yang terlalu cerewet dalam soal pemakanan pastinya merupakan satu cabaran. Setiap kali tiba waktu makan, pastikan kesabaran anda sebagai ibu bapa akan teruji apabila anak anda menolak setiap makanan yang disediakan. Namun, anda jangan lekas melenting. Bersabar dan teruskan mencuba. Belajar untuk menjadi kreatif dalam penyediaan untuk menjadikan setiap hidangan tampak menarik di matanya. Dan yang paling utama, pastikan rasanya sedap agar ia dapat menambat selera anak anda itu. Anda juga boleh mencuba resepi ayam yang disediakan atau mempelbagaikan lagi resepi ayam dengan mencarinya dalam talian, siapa tahu anak anda akan menyukainya.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI