Resipi Ayam Goreng Ala KFC Guna Air Fryer, Anak Pun Boleh Buat Sendiri

Share

Resipi ayam goreng ala KFC memang sentiasa menjadi menu hidangan yang tak jemu dimakan. Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, semuanya tetap suka makan ayam goreng.

Dihidang secara panas-panas, memang tak sedar berapa ketul dah makan. Bertambah sedap bila ayam goreng tersebut jenis rangup di luar tapi juicy di dalamnya. Memang puas hatilah makan.

Kalau nak buat sendiri mak-mak bolehlah guna resipi cara mudah menggoreng ayam menggunakan Air Fryer seperti dikongsi oleh Siti Nor Arbi. Memang mudah dan sedap.

Resipi Ayam Goreng Ala KFC

Idea membuat sendiri ayam goreng seperti di restoran makanan segera tersebut terjadi kerana anak-anaknya sangat gemar makan ayam goreng drumet. Sejak bekerja dari rumah (WFH) dan anak-anak belajar secara PdPR maka mereka kerap lapar.

Jika dulu memang Siti Nor Arbi akan beli ayam drumet sejuk beku dua kali seminggu tetapi lama-kelamaan dia terfikir untuk memasak sendiri sebagai langkah berjimat cermat.

So dapat idea untuk buat ayam goreng ala² Kepci ni di rumah. Senang. Ayam Drumet ni plak saya beli di RamlyMart. Harga 2kg rm23. Ada lebih kurang 40 ketul.

Perap dulu ayam Drumet dengan bancuhan tepung Bestari selama 30minit. simpan sekejap dalam peti ais. Salut ayam dengan Tepung Bestari.
Yang ni lepas Deep Fry. Sekejap je. Toskan minyak. Simpan dalam bekas. Sejukkan. Frozen.
Nak masak, letak dalam AF. Suhu 180c/10minit. Bergantung pada AF masing2.

Langkah-langkah penyediaan:

1. Ayam basuh bersih.
2. Salut ayam dengan bancuhan air Tepung Bestari.
3. Perap dalam 30 minit (letak dalam peti ais).
4. Sediakan bekas lain yang berisi Tepung Bestari.
5. Salutkan ayam tersebut. Pastikan tangan kering. Tekan-tekan ayam pada tepung tu. Biarkan jadi berkuping-kuping.
6. Masak sekejap secara Deep Fry. Toskan minyak. Sejukkan.
7. Bila dah sejuk, susun dalam bekas dan letak dalam freezer.
8. Bila nak masak, masukkan dalam AF. Suhu ikut AF masing². Saya letak suhu 180c, 10 minit.
9. Siap.
Foto: Siti Nor Arbi

Anak² saya dah biasa guna AF. Kalau lapar, mereka masak sendiri ayam tu. Senang. Suhu saya dah set sesiap. Mereka putar timing je. Sekian. Terima kasih. Selamat mencuba.

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI 

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik sahaja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk mendapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Published by
Hasnita Sawal