Resipi Ayam Goreng Hatyai, Rasa Pedas-Pedas Manis & Rangup Buat Makan Bertambah!

Share

Selera dari negara Thai ternyata amat memberi kepuasan berganda, lebih-lebih lagi ketika menikmatinya bersama keluarga. Tidak hairanlah restoran berasaskan makanan Thai ini sentiasa penuh sesak dengan pelanggan.

Selain Sup Ayam Ala Thai dan Tomyam Thai yang cukup popular, resipi Ayam Goreng Ala Hatyai ini tidak kurang hebatnya. Pedas, manis dan rangup dan pastinya buat anak makan berebut-rebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini.


RESEPI AYAM GORENG HATYAI@HATYAI FRIED CHICKEN RECIPE

Sekali dah goreng, lepas ni berkali-kali nak makan lagi. Jujur!

BAHAN-BAHAN
Ayam (1 kilo)
Bawang putih 1.5 oz
Cumin seed (1 sudu kecil)
Akar ketumbar (1 sudu besar)
Sos tiram (1 sudu besar)
Bawang merah ½ cawan
Soy sauce (1/4 cup
Serbuk lada putih (1 sudu kecil)
Gula (1 sudu besar)
Garam (1 sudu kecil)
Biji ketumbar (2 sudu kecil)
Tepung beras (¼ cawan)

Kisar semua bahan kecuali ayam dan tepung.

Perapkan ayam bersama bahan yang dikisar paling kurang 2 jam.

Masukkan tepung beras bersama ayam yang diperap dan gaulkan sebati.

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

Angkat dan siap dihidamg bersama SOS THAI.

PENYEDIAAN BAWANG GORENG
5-6 biji bawang merah dihiris tipis

Sediakan tissue dan letakkan bawang yang telah dihiris di atas tisu dan taburkan sedikit garam.

Panaskan minyak, dan gorengkan bawang sehingga keperangan. Ketepikan dahulu dan taburkan bawang di atas ayam yang telah digoreng.

Artikel berkaitan: Kering Idea Nak Masak, Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni, Sedap Hingga Menjilat Jari

Jemu Makan Nasi, Panggang Ayam Ikut Resipi Ayam Peri-Peri Ala Nandos Ni, Paling Padu

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM