Bila disebut kari mungkin kita sudah biasa. Namun bila menggabungkan dua menu dalam satu resipi terfikir-fikir bagaimana gabungan rasa masakan ini.
Rupanya ia adalah gabungan rempah yang rasanya hampir sama. Nak tahu macam mana rasa Ayam Kari Masak Merah, jom ikuti resipi perkongsian superdaddy, Khairul Abdullah ini. Sedap!
Ini adalah Ayam Kari Masak Merah.
Haaa, pernah cuba tak? Rasa kari dia soft and smooth, tak kuat sangat. Dan ada rasa ala-ala masak merah sikit. Tapi dia adalah kari. Murtad barangkali, campuran kari dan masak merah ni.
Bahan-bahan dia pun sama macam kari, cuma rempah dia tu yang sedikit berbeza. Semestinya Rempah Cap O lah pilihan aku kan. Jom kita buat Ayam Kari Masak Merah. Sedap Ooooo.
Ni bahan-bahan dia:
600gm ayam dipotong ikut saiz digemari.
1 kotak kecil santan
1 pek kecil Serbuk Kari Masak Merah Cap O
12 ulas bawang merah (6 ulas dihiris dan bakinya dikisar)
6 ulas bawang putih (3 dihiris dan bakinya dikisar)
1 inci halia (½ inci dihiris dan bakinya dikisar)
1 keping asam gelugor (asam keping)
2-3 tangkai daun kari
Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang
½ cawan minyak untuk menumis
1. Campurkan serbuk kari masak merah dengan ½ cawan air sert bahan yang dikisar tadi. Kacau sebati dan asingkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan halia sampai naik bau sedap yakmat, lepas tu masukkan pes kari tadi bersama asam keping dan kacau dengan api perlahan sampai pecah minyak.
3. Lepas tu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. Biar semua sebati dan masukkan santan dan masaklah sampai mendidih dengan api sederhana.
4. Dah mendidih, masukkan garam dan perlahankan api dan masak lagi dalam 5 minit macam tu. Kemudian tutup api.
Siappp. Mudah sangat aihh.
Kalau yang belum pernah cuba Rempah Kari Cap O ni hampa wajib cuba. Rempah lejen, orang utara mesti kenal punya. Boleh skodeng page depa Rempah Kari Cap O Original, macam-macam rempah dok ada. Kari ikan, kari ayam daging, kari udang, ikan masin dan segala mak nenek ada tau.
Benda sedap kita kena bagitau semua.
Menarik: Apam Aiskrim Cornetto, Lagi Terangkat Salut Coklat Padu, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)