Kadang-kadang lauk seringkas ayam masak kicap jugalah yang membuatkan semua orang berselera waktu makan. Rasa lemak kicap dan kelembutan isi ayam, memang menggiurkan. Boleh dikatakan semua orang sukakan hidangan ini.

Ayam masak kicap ada banyak versi. Yang mudah, yang berempah dan banyak lagi. Apa yang pasti, setiap satu darinya mempunyai keistimewaan tersendiri. Seperti resipi ayam masak kicap yang dikongsikan oleh Zana Mokhtar ini, kelainan apabila dicampurkan dengan daun kari. Bukan saja enak dimakan dengan nasi putih tetapi nasi beriani atau nasi minyak juga!

Ikuti perkongsian resipi ini.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH DAUN KARI KENOT MOVE ON NAK TAMBAH LAGI

Resipi ni selalu nya Kekna buat dengan nasi minyak. Memang bertambah tambah la somi dan anak anak makan. Alhamdulillah.

Yang mana tak ada idea nak masak untuk juadah berbuka puasa nanti boleh la terai menu ni tau.

INI HASILNYA, NAMPAK SEDAP BETUL!

Resipi Ayam Kicap Berempah, Sedap Terangkat. Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga!

Ads
Bahan-bahan:

Ayam
1 sudu Jintan manis
1 sudu Jintan putih
1 sudu Serbuk ketumbar
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Buah pelaga
Daun kari
Garam
Gula
Kicap
Bawang merah yang dihiris halus
Bawang putih yang dihiris halus

Resipi Lain: [Cuba Nasi Marjerin & Ayam Panggang Untuk Berbuka. Punyalah Wangi Sedap, Patutlah Viral!]

Bahan yang dikisar:

Cili kering
Bawang merah
Bawang putih

Ads
Cara buat:

1. Ayam gaul dengan kunyit dan gorengkan dan ketepikan.

Resipi Ayam Kicap Berempah, Sedap Terangkat. Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga!
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan 3 sekawan, daun kari dan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

Resipi Ayam Kicap Berempah, Sedap Terangkat. Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga!
3. Kemudian masuk bahan bahan yang telah di kisarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sekali kicap, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar. Gaulkan dan masuk air.
5. Masukkan ayam yang dah di goreng tadi.
6. Perasakan garam dan gula. Biarkan seketika bagi kuah nampak pekat sedikit.
7. Masukkan cili merah sebagai untuk hiasan dan juga bawang merah dipotong besar besar. Siap untuk dihidangkan bersama dengan daun sup dan bawang.

Ads

Resipi Lain: [Nasi Goreng Isi Ketam, Resipi Padu. Terasa Lemak Isi Ketam, Makan Pun Bertambah!]

Korang yang nak SHARE Kekna izinkan mana tahu geng geng mak ada yang tercari cari tak ada idea nak masak apa kan. Dah pahala mengalir dekat korang juga. 😍

Selamat Mencuba korang dan berpuasa.

#SayaSukaMasak
#SalamRamadhanAlKareem

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI