Resipi perkongsian dari saudari nadiah razali ni memang mendapat sambutan dari warganet di instagram. Menu ayam kukus bersama sambal menjadi menu pilihan kerana mudah dan sedap. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1. Perapan Ayam:
Sos tiram
Halia
Kicap cair
Gula
Tepung jagung
2. Sambal
Bawang putih
Cili Merah
Cili padi
Garam
Gula
Minyak Panas
Serbuk perasa ayam
Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan-bahan perapan ayam (sos tiram, kicap cair, gula, tepung jagung, halia) gaulkan sehingga sebati.
2. Kukus ayam yang telah diperap tadi selama 30 minit.
3. Sementara menunggu ayam dikukus, jom kita buat sambal pedas. Kisarkan kasar semua bahan sambal (cili besar, cili padi, bawang putih)
4. Masukkan serbuk perasa ayam, garam, gula dalam sambal yang dikisar. Akhir sekali masukkan sedikit minyak yang panas.
Dah siap menu ayam kukus dan sambal pedas. Menu yang sedap, mudah dan pilihan yang sihat. Takkan muak, enak dinikmati bersama nasi panas-panas.
Kredit: nadmasak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Dah Nak Expired, Jangan Bazir. Boleh Cuba Resipi Bingka Roti Pandan Ni
Jangan membazir kalau ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh tu. Kalau dah bosan makan begitu saja dicicah air kopi, bolehlah cuba resipi ini.
Puding roti dah biasa, tapi kali ini resipi bingka roti pandan. Bingka roti ini boleh dimakan begitu saja atau kalau nak lain sikit, bolehlah dinikmati dengan sos kastard seperti puding roti. Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea.
Artikel Menarik: [Layan Movie Sambil Makan Keropok Lekor. Resipi Ni Tak Guna Ikan, Serius Sedap!]
💓 BINGKA ROTI PANDAN 💓
Kalau ada roti dah nak tamat tempoh tu tapi tak tau nak buat apa , apa kata cuba buat bingka roti pandan nie 😋👇
Bahan Bahan :
Bahan A :
2 1/2 cawan air
10 helai daun pandan
Bahan B :
1 cawan gula
1 cawan santan
2 sb mentega
3 biji telur
1/2 sk garam halus
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna hijau
Bahan C :
500g / 18 keping roti
Bahan Lain :
Bijan
Artikel Menarik: [Tak Perlu Oven Pun, ‘Pizza Kuali’ Ni 100 Peratus Masak Atas Api Je, Padu!]
Cara-cara:
- Kisarkan Bahan A dan tapiskan . Kemudian tuangkan semula ke dalam pengisar dan masukkan ke semua Bahan B. Kisar lagi sehingga sebati.
- Sementara itu di dalam bekas lain , carik-carikkan Bahan C kepada kepingan kecil. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam Bahan C dan kacau menggunakan senduk sehingga sedikit hancur.
- Panaskan oven bersama loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak. Keluarkan loyang dan tuangkan adunan sebanyak 3/4 penuh.
- Ratakan permukaan adunan dan taburkan bijan. Bkar pada suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga masak.
- Kemudian bakar seketika menggunakan api atas sahaja untuk menggaringkan permukaan bingka.
- Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Siap, selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Pisang Oat Versi Bayi, Hanya 5 Bahan. Anak ‘Confirm’ Suka Sangat-Sangat!
Kudap-kudapan untuk anak memang wajib disediakan agar mereka tak terlalu lapar sementara menunggu waktu makan utama.
Namun nak sediakan kudapan untuk anak kadang-kadang buntu dibuatnya. Jom ikuti resepi paling mudah ini. Yang penting anak ‘confirm’ suka!
Kek pisang oat versi baby. Walaupun rupa tak cantik baby suka sangat-sangat, bagi satu tak cukup nak lagi.
Bahan-bahan:
- Pisang 2 biji
- Telur 1 biji (untuk yang dah pass telur)
- Oat 2 sudu
- Tepung unbleached 2 sudu
- Minyak 1 sudu
Cara-cara:
- Blendkan semua bahan. Kukus selama 20-25 minit. Siap
Kredit: Zulaikha Aida ·
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susah Sangat Nak Makan Nasi, Idea 4 Resipi Nasi Kreatif Ibu Ni Sediakan Awesome, Sedap!
Semakin anak membesar, tidak dinafikan semakin banyak karenahnya untuk menerima satu-satu jenis makanan. Ada anak-anak yang sudah mula memilih makanan dan menolak makan nasi.
Jangan kalah dengan anak sebaliknya cuba idea kreatif daripada nasi yang diolah semula. Resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ain ini boleh mama cuba. Awesome!
Assalamualaikum, saya share beberapa resepi boleh buat untuk anak yang susah makan nasi. Resepi ada di setiap gambar.
Egg Rice Muffin
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
Bawang merah, bawang putih
Lobak merah dan bayam
Ayam cincang
Cream cheese
Telur
Daun pasli
Tumis bawang dan masukkan ayam.
Masukkan sayur, serbuk ayam dan cheese.
Masukkan nasi dan gaul rata. Boleh tambah air kalau nak nasi basah-basah sikit.
Masukkan dalam cup dan letak 1-2 sudu telur setiap cup, taburkan daun pasli.
Bakar 15 minit dengan suhu 180 C. Siap!
Apam Nasi Baby Version
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/4 cawan air suam
3 sudu puri kurma
1/2 cawan puri buah naga
1 cawan tepung unbleached
1 cawan tepung beras
1 sb yis
Blend nasi, air suam dan puri kurma hingga sebati.
Campurkan pula semua bahan kering.
Masukkan puri buah (warna akan bertukar agak pink)
Masukkan dalam bekas, letak puri buah naga atas apam. Lorekkan.
Kukus 15 minit.
Pasta Baked Cheese
Bahan-bahan:
Pasta prego -direbus
Bawang merah, bawang putih
Lobak merah, brokoli
Ayam cincang
Sedikit pes tomato
60ml susu full cream
1 sk serbuk ayam homemade
Tumis bawang dan masukkan ayam dan pes tomato.
Masukkan sayur dan serbuk cheese.
Masukkan susu segar dan cream cheese. Kacau sebati.
Kemudian masukkan pasta dan kacau sebati.
Masukkan dalam beka dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180 C.
Siap!
Bread Pocket Carbonara
Bahan-bahan:
Roti putih
Ayam cincang
Kentang -kukus
Lobak merah, brokoli -kukus
60ml susu full cream
1 sb cream cheese
Bawang putih, bawang merah
Serbuk cheese
Kukuskan kentang dan sayur hingga masak.
Tumis bawang dan kemudian masukkan ayam.
Masukkan susu dan krim cheese. Masukkan sayur dan serbuk cheese. Siap!
Buang tepi roti, gelek roti wholemeal sampai nipis dan potong dua.
Letak inti di hujung dan lipatkan. Kelim guna garpu.
Celup dalam telur dan tabur daun pasli. Goreng sekejap atau boleh letak dalam air fryer selama 15 minit, 160 c.
Selamat mencuba!
Menarik: Roti Sardin Celup, Garing Luar Dalamnya Gebu, Guna 2 Jenis Tepung Ni Baru Jadi
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI