Resipi Ayam Kukus Pedas Penambah Selera

Share

Resipi perkongsian dari saudari nadiah razali ni memang mendapat sambutan dari warganet di instagram. Menu ayam kukus bersama sambal menjadi menu pilihan kerana mudah dan sedap. Jom cuba!

Bahan-bahan:

1. Perapan Ayam:

Sos tiram
Halia
Kicap cair
Gula
Tepung jagung

2. Sambal

Bawang putih
Cili Merah
Cili padi
Garam
Gula
Minyak Panas
Serbuk perasa ayam

 

Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan-bahan perapan ayam (sos tiram, kicap cair, gula, tepung jagung, halia) gaulkan sehingga sebati.

2. Kukus ayam yang telah diperap tadi selama 30 minit.

3. Sementara menunggu ayam dikukus, jom kita buat sambal pedas. Kisarkan kasar semua bahan sambal (cili besar, cili padi, bawang putih)

4. Masukkan serbuk perasa ayam, garam, gula dalam sambal yang dikisar. Akhir sekali masukkan sedikit minyak yang panas.

Dah siap menu ayam kukus dan sambal pedas. Menu yang sedap, mudah dan pilihan yang sihat. Takkan muak, enak dinikmati bersama nasi panas-panas.

Kredit: nadmasak

Published by
Humaira