Di hari-hari terakhir Ramadan ni, boleh jadi buntu nak masak apa untuk berbuka puasa. Boleh dikatakan semua jenis masakan sudah kita sediakan untuk keluarga tersayang. Sekiranya anda sekeluarga suka makan hidangan berasaskan ayam, bolehlah cuba resipi mudah ini.
Biarpun tidak sukar untuk dibuat, tapi rasanya sangat lazat. Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Anda boleh mengubah resipi mengikut selera anak-anak. Resipi ini ada menggunakan cili padi, jika tidak mahu terlalu pedas bolehlah digantikan dengan lada masak. Resipi menarik ini dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy. Bukan saja dimakan dengan nasi, kalau dinikmati dengan pulut kuning pun sedap juga ni!
RESIPI AYAM PEDAS MANIS
Hi smua.. hari ni kalai nak share resepi yang super duper simple ye senang je..rasa pedas..manis..
Kalai biasa buat resepi ni dgn cauliflower.. hari ni try buat pakai ayamnama resepi xtau lg nanti kita sama2 pikir ye
Resepi ni lg lama disimpan lg sedap.. buat tgh hari..balance tu time mkn mlmlg sedap..bg kalailah.
CARA-CARANYA:
1. Ok..kalai pakai setengah ekor ayam ye
Ginger garlic paste
Telur putih 1
Lada hitam.
Garam sedikit
Perapkan
2. Campurkan tepung jagung..sblm ni kalai grg tambah tepung gandum.campur tepung beras..xpi pakai tepung jagung pun cukup crispy..
4. Tumis Bawang besar satu Sedikit bawang putih dan halia..di potong dadu ye..kalai tumis dgn myak bijan..minyak biasa pun blh ye sis2
Ads
5. Then tambah cili padi.. cili padi kalau lbh lg sedap bg kalai lah nak kurang blh..xpi jgnlah kurang sgt sis2.. nanti tak sedapnak ganti yg kaler hijau pun blh. Xpi cili merah ni lagi ummmmpppphhhh
6. Once smua dah layu..naik bau.. masukkan sos cili dan kicap manis dan tiram ckit ye adjuz manis dan pedas ikut tekak masing2 ye.. dan tambahkan sedikit air mengikut selera nak kuah banyak mana.
Ads
7. Blh add white pepper ckit..rasakan..sebatikan rasa dia ikut tekak masing2..bancuhkan tepung jagung dan air sedikit..letak dlm tiga sudu mkn.. pekat kan sedikit kuat tu..kalau ikutkan pedas kena lbh ckit lah..kalau tak manis kan..tu yg kalai bubuh cili bnyak awal2
9. Then masukkan bawang besar yang dipotong besar2..bijan yg di roast.. cili padi hijau..nak bg kaler ckit dan daun bawang….kacau sekejap..semua sebati..siap!
Puding yang satu ini seakan ‘berhantu’. Sekali rasa tak cukup sepotong, pasti mahu sepotong lagi. Lagi sedap dimakan waktu sejuk. Memang terbaik.
Malah nak membuatnya cukuplah mudah. Hanya satukan semua bahan bersama gula hangus dan kukus. Semudah ABC. Pun begitu jangan dikacau terlalu lama kalau tak mahu puding kita berongga. Jom cuba resipi perkongsian Pn Khairun Nisa.
Puding Karamel @ Puding Gula Hangus. Pastikan betul-betul suam atau sejuk baru terbalikkan. Kalau terbalikkan masa panas-panas, dia akan hancur sebab puding ni sejenis lembut macam tofufa.
Bahan A
1/2 cwn gula pasir
Bahan B
5 biji telur gred A
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat ( xnak manis boleh kurangkan)
1 cwn air
Sedikit esen vanilla
Cairkan gula dan masak sehingga bertukar keperangan. Jangan sampai hangus pulak nanti pahit.
Masukkan ke dalam loyang 7 inci.
Satukan 5 biji telur + esen vanilla. Kemudian masukkan air.
Masukkan susu cair dan susu pekat.
Kacau sebati. Jangan pukul terlalu lama, nanti puding jadi berongga.
Tapiskan bila masuk dalam loyang.
Kukus 25-30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dulu baru terbalikkan atas pinggan. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakwan kangkung antara kudapan yang sangat terkenal di Indonesia. Rasanya yang ranggup di makan pula dengan pencicah memang superb! Bagi yang tak pernah mencuba, jom ikuti resipi yang dikongsi ini.
Ni Nama nya bakwan kangkung…bunda suka goreng besar-besar.. krub krak kruk krak kalau dimakan janji goreng garing…
Makan dengan sos cili campur dengan kicap perhhh sedap weii😄👍… nak lagi sedap makan gigit dengan cili api.. paduuu😄👍tapi bunda tak berani nak makan cili padi 😄😄
Resepi bakwan dari dapor bunda
Resepi bakwan:
1/2 kg tepong gandum
5 sd tepong beras
2 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1/2 sd serbuk lada putih
1 gemgam ikan bilis/udang kering bunda guna ikan bilis udang tak leh makan😄
Tumbukkan semua bahan ni
Semangkuk tauge
Semangkuk kobis
Semangkuk kangkung
Daun bawang / daun sup
Cara penyediaan:
Semua sayur hiris halus. Masukkan tepung masukkan air agak-agak je jangan cair jangan pekat. Goreng nipis lebarkan masak sampai guning golden.. dah siap👍😊
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain kuih seri muka dan kuih talam, kuih lapis juga tidak kurang hebatnya. Teringat-ingat air tangan ibu setiap kali berbuka puasa di kampung halaman. Rupanya hendak menyediakan kuih yang satu ini tidaklah sesukar mana. Lapisan demi lapisan perlu dikukus hingga masak.
Resipi yang dikongsikan oleh Aezween Rainoe ini buat kita terasa yakin untuk mencuba. Langkah yang dikongsikan olehnya cukup mudah malah hanya blender sahaja kesemua bahan. Sangat memudahkan. Jadi jom kita cuba!
Resipi wajib cuba: Resipi Roti John Popular Yang Viral Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda Terliur
Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.