Resipi Ayam Masak Mamak Paling Senang Nak Cuba, Satu Famili Boleh Layan!

Share

Tercari-cari menu yang simple tetapi sedap untuk anak-anak dan suami? Ayam Masak Mamak yang dikongsikan oleh Shafiqah Liyana ini pastinya buat anak dan suami makan tak berhenti. Sekali cuba pasti teringat-ingat.

Rupanya cara hendak membuatnya cukuplah mudah. Malah bahan yang digunakannya juga tidaklah banyak dan tidak sukar disediakan. Nak tahu macam mana cara nak sediakannya? Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan.


LAUK MESTI CUBA. Sebab sedap sangat, dan simple yang amat.

Ayam Masak Mamak. Maaf mamak,kita pinjam nama awak. Setakat ni, kalau saya masak lauk ni in shaa Allah licin, dan ramai yang akan suruh masakkan lagi. Dari yang muda, sampai yang berusia, semua suka.

Kita kongsi ye cara nak sediakannya. Senang je masak ni, masak sambil zumba kat dapur pun boleh.

Kita guna isi ayam. Saya ambil bahagian dada (chicken breast). Takde tulang, jadi senang nak makan. Kali ni saya guna 3 keping dada ayam.

Bahan-bahan mudah je. Yang sentiasa ada di dapur kita. Saya suka potong kasar, sebab nak kutip dan ratah.

Bahan-bahan dalam gambar :
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
Cili kering ikut tahap kepedasan masing-masing (kurangkan kalau anak tak makan pedas)
* 1 inci halia kalau suka. (Opt)
Saya tak masukkan halia harini sebab anak-anak komplen asyik tergigit halia je bu.

Kita gaulkan dengan tepung kentaki atau tepung bestari tu atau takde guna campuran tepung jagung dan tepung gandum. Gorengkan.

Rahsia  feel “mamak”

Nak tahu apa rahsia yang menjadikan feel ‘mamak’ tu? Bahagian ini jangan lupa, jangan sesekali terlepas pandang serbuk yang satu ini. Jom layan tip yang dikongsikan olehnya. Sedap.

Tumiskan sehingga layu dan naik bau. Kemudian, (tak sempat snap gambar), masukkan 3 sudu sos tiram, 3 sudu sos cili, masukkan agak-agak dalam 1 sudu kecil (1sdk) pes asam jawa dan serbuk kari. 

Tambah air sikit nak bagi berkuah. Tambah gula 1 sudu besar (1 sdb) dan sedikit garam. Dia manis-manis pedas rasanya.

Biar mendidih kejap, rasa dulu kuah dan agak-agak dah sedap kat tekak, masukkan ayam tadi dan gaul rata.

Lupa, waktu masukkan sos tiram dan sos tu masukkan 1 sdk serbuk kari. Tak perlu banyak sangat, bagi rasa-rasa je. Baru feel “mamak” nya tu.

Tutup api dan siappp. Taraaa jadilah Ayam Masak Mamak. Maka, haruslah kita curik-curik makan seketul dua haha.

Final product dia. Kalau dah siap, jangan tunggu lama-lama kena terus ngap.

Selamat mencuba!

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Published by
Siti Ramlah Mahmud