Resipi Ayam Panggang Ala Domino’s Padu. Mudah, Sedap & Jadi Rebutan Anak-Anak.

Share

Bagi yang pernah mencuba ayam Domino’s pasti tahu keenakan hidangan tersebut. Sesiapa yang teringin ayam Dominos bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Fiza ini.

Baca: Resipi Sos Pencicah Ala Thai, Buat Sekali, Simpan. Boleh Ulang Makan Banyak Kali!

Cara penyediaanya sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga boleh didapati di dapur rumah sahaja. Ikuti resipi ini.

Ayam Panggang Ala Dominos

Sekilo drumstik yang kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan.

Bahan-Bahan;

120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yang ni saje-saje makcik tambah)
2sb madu (yang ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bawang putih di tumbuk lumat
60g butter

Cara Penyediaan;

-Masak kesemua bahan sampai butter cair
-Sejukkan
-Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-Perap (lagi lama lagi sedap)
-Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing-masing qpi atas bawah…
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jangan rentong sudah😅)

Selamat mencuba!

Baca: Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!

Kredit Resepi: Fiza Sezali

Published by
NuFa