Ayam panggang yang dibeli di pasar malam memang sedap bukan? Bau harum semerbak rempah ratus yang menjadi ‘bumbu’ masakan menjadikan ayam panggang begitu menyelerakan.
Jika mama yang dalam pantang teringin hendak makan ayam panggang tiada masalah. Bahan-bahan yang digunakan pun antaranya halia dan lada hitam memang bagus untuk ibu-ibu dalam pantang. Apa kata cuba buat resipi ayam panggang yang cukup mudah ini. Perap ayam kemudian bakar dalam air fryer. Mudah sangat!
Bahan-bahan:
½ bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1 kiub pati ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar. Kisar halus.
2. Ayam sudah dibersihkan dilumur dengan garam. Perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Letakkan sesudu kicap.
5. Setelah diperap semalaman, bolehlah bakar ayam di dalam air fryer. Gunakan suhu 170 darjah celcius dan set masa 30 minit.
6. Inilah hasilnya ayam bakar yang sudah siap dimasak. Nampak juicy sangat!
Sumber: FB Sitjua Jua to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca artikel yang berkaitan: Ayam Panggang Ala Dominos, Rasa Cukup Padu, Anak Confirm Suka!
Cara Buat Ayam Panggang Ala ‘Kenny Rogers’. Simple Tapi Sedap!