Hari-hari penuhi permintaan anak makan ayam goreng sudah pastilah jemu. Apa kata variasikan selesa anak dengan ayam percik ini pula. Mesti anak suka.
Resipi bahan perapan simple dan mudah di dapati ini mama kena cuba. Senang tapi sedap. Jom cuba perkongsian resipi Hawa Honey.
Resepi perapan ayam:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu jintan manis (dikisar)
1 sudu ketumbar ( dikisar)
Gula &garam secukup rasa.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai.
Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam. Kemudian boleh dibakar.
Bahan kuah:
1 biji bawang merah/besar
2 labu bawang putih
10 tangkai lada kering/ikut kepedasan(direbus & dikisar)
1 inci halia
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai
1/4 kotak santan
Gula melaka (ikut citarasa)
2 sudu sos cili
Gula, garam & perasa
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul-betul masak.
Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
Masukkan 1/4 kotak santan, 3 sudu sos cili. Biar sehingga mendidih.
Masukkan gula 3 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa.
Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar.
Menarik: Patutlah Viral, Senangnya Nak Buat Kuih Titisan Hujan Ni, Sedap
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!