Resipi dengan bahan-bahan memasak yang banyak adakalanya membuatkan kita merasa sukar untuk menyediakannya. Ditambah pula dengan cara membuatnya yang memakan masa membuatkan menu ringkas menjadi pilihan setiap kali memasak di dapur.
Namun resipi yang satu ini, Ayam Percik ringkas ini bukan hanya sedap malah cara memasaknya juga tidaklah sesukar mana. Nak tahu bagaimana menyediakan Ayam Percik ini? Jom cuba. Super sedap!
RESEPI AYAM PERCIK PALING MUDAH
Ini ayam percik resepi yang agak simple tapi sedap. Ada beberapa lagi versi lain, nanti saya update ye. Okay jom tengok resepi di bawah.
BAHAN-BAHAN A
• 1/2 ekor ayam
• 2 kotak santan yang saiz kecil
• 1 sudu teh pes asam jawa (bancuh dengan air)
• 1 sudu teh halba
• Air secukupnya
• Gula dan garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)
• 15 tangkai cili kering (saya guna 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar)
• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1 inci halia
1. Bersihkan ayam, kelar dan toskan. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, asam jawa, halba, gula, dan garam.
3. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak. Pastikan kuah tadi sebati dengan ayam.
4. Letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar hingga masak sepenuhnya dan sedikit garing. Sambil tu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan supaya ia melekat cantik.
5. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Kredit: Miss Nick Kitchen