Resipi Ayam Rempah Bikin Terliur! Hanya Guna Perencah Nasi Goreng & Tomyam

Share

Para ibu sepanjang tempoh PKP ni banyak mencari resipi baharu untuk dicuba. Maklumlah duduk lama di rumah dan memasak, ada masanya hilang idea juga mahu masak apa untuk suami dan anak-anak.

Bila tengok perkongsian dari Farhana Ana ni, tertarik juga untuk mencuba. Resipi ayam berempah ni lain sikit dari yang biasa kita buat. Caranya juga mudah dan tidak menggunakan ramuan yang terlalu banyak.

Ikuti perkongsian resipi ini.

Kalau dimakan dengan nasi ayam, mesti jadi favourite anak!

AYAM BEREMPAH SUPER EASY

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 paket perencah serbuk nasi goreng
2 paket perencah tomyam
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Resipi Menarik: [Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi & Sedap]

* Setiap bahan ini dicampurkan bersama dan perapkan semalaman. Jika tidak, 30 minit sudah memadai.

* Kemudian, ayam-ayam yang sudah diperap boleh dibakar dalam ketuhar dengan suhu 180 selama 60 minit.

*Jika dibakar, bau rempah akan ‘naik’ mengharum.
* Selain dibakar dalam ketuhar, ia boleh digoreng atau dibakar atas dapur arang.

Menurut Farhana, ayam ini sedap dimakan dengan nasi kerabu, nasi ayam atau pulut kuning. Dia mendapat ilham untuk mencuba resipi ini semasa melihat perkongsian di Facebook sebelum ini. Rasa rempah pada perencah serbuk nasi goreng dan tomyam sudah cukup untuk membangkitkan keenakan ayam tersebut.

Resipi Menarik: [Rupanya Ni Cara Bancuh Adunan Bakwan, Patutlah Terlajak Rangup, Sedap!]

Makan dengan nasi kerabu pun sedap sangat!

Published by
Emy H