Resipi Ayam Rica-Rica, Pedas Menyengat, Nak Buat Pun Senang!

Share

Bosan dengan menu yang sama setiap hari, apa kata kita cuba resipi Ayam Rica-Rica ni pula untuk keluarga. Bagi yang sukakan pedas, pasti tidak keruan saat menikmati Ayam Rica-Rica ini bersama sepinggan nasi panas.

Resipi perkongsian Nurul Ateekah ini cukup mudah dan paling penting rasanya lain dari yang lain. Jom cuba!


RESEPI AYAM RICA RICA
Ayam rica-rica adalah hidangan ayam panas dan pedas Indonesia. Ia terdiri dari ayam yang dimasak dengan cili padi merah dan cili padi hijau pedas.

Asal hidangan ini adalah dari masakan Minahasan Sulawesi Utara. Bagi yang menggemari pedas, boleh cuba rasa masakan nih, kegemaran saya.

BAHAN BAHAN:
1 kg ayam (dipotong) @ 9 ketul paha ayam
15 keping daun limau purut (dibuang tangkai tengah)
1 helai daun pandan muda (dipotong)
1 batang serai diketuk
4 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
Daun salam 2 helai
100ml air
Garam (jika perlu)
1 kiub ayam

BAHAN PERLU DIKISAR
2 buah keras
2 cm kunyit
2 cm halia
1 biji tomato
½ sudu kecil serbuk lada putih
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
15 batang cili padi
3 batang cili merah

Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis serai sehingga naik bau.

Masukkan bawang putih, bawang merah, masak sehingga layu.

Masukkan bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

Masukkan daun pandan, daun salam dan daun limau purut.

Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, kiub ayam dan air.

Masak sampai kuahnya kering sikit dan gaul rata.

Tutup api dan siap dihidang!

Artikel berkaitan: Resipi Roast Chicken Aroma Daun Herba Buat Ayam Jadi Super Sedap

Ayam Masak Kicap Style Kenduri, Kuah Pekat, Sedap & Ringkas Tapi Padu

Padunya Resipi Ayam Goreng Ala-Ala Kychon Ni, Super Rangup & Sedap, Anak-Anak Makan Berebut

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM