Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!

Share

Sesekali terasa nak ubah selera. Dah selalu sangat makan lauk kampung, jadi mahu sesuatu yang lebih ‘ringan’ dan mudah untuk dimasak. Resipi ayam butter sauce ni memang sedap, sesuai dinikmati dengan nasi ataupun kentang lecek.

Nak buat pun senang, boleh ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Mawar Silalahi menerusi grup Masakan Berpuaka ni;

Chicken Breast Butter Sauce

Hari ni jom masak chicken breast butter sauce, dada ayamnya memang lembut, simple dan sedap.

Sumber foto: Facebook Mawar Silalahi

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam
6 sudu besar sos Worcestershire
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar serpihan cili merah
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar tepung perasa
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega masin

Baca Juga:

Ayam Tandoori Versi Anak Ramai, Ibu Pantang Pun Boleh Makan. Ayah Ini Kongsi Resipi Mudah!

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Sumber foto: Facebook Mawar Silalahi

Cara memasaknya:
– Potong dada ayam menjadi nipis, saya potong kepada 4 bahagian.
– Pindahkan dada ayam ke dalam mangkuk dan rendam dalam kicap Inggeris selama 10 minit.
– Bawang putih dicincang kasar, pindahkan ke dalam mangkuk masukkan lada hitam, serpihan cili merah, sos tomato, sos tiram, kemudian gaul rata.
– Sediakan bekas besar, campurkan tepung perasa dan tepung jagung kemudian salutkan bahagian dada ayam dengan tepung.
– Dengan api sederhana panas, panaskan minyak masak secukupnya kemudian goreng dada ayam hingga kekuningan luar, toskan.
– Dengan api sederhana, cairkan mentega kemudian masukkan sos, masak sambil dikacau cepat sehingga sos sebati dengan mentega.
– Masukkan dada ayam goreng dan gaul rata bersama sos.

Mudah sangat nak buat menu ni, rasanya pun sedap dan tidak terlalu muak kerana ada lada hitam dan chilli flakes di dalam resipi. Untuk buatkan menu ini sekiranya sedang berpantang, bolehlah elakkan cili.

Cukup sekadar menggunakan lada hitam saja. Selain menggunakan dada ayam, sekiranya mahukan bahagian yang berlemak dan lebih juicy, bolehlah gunakan bahagian thigh.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H