Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari (Finger Food) seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas. Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri. Tanda-tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri. 

Resipi Baby Cookies Untuk Bayi Yang Mula Tumbuh Gigi. Mudah Dan Fresh Untuk Anak Anda!

Ibu-ibu pasti gembira tengok anak berselera bila tiba waktu makan kan? Jadi untuk memastikan makanan yang anak kita dapat sentiasa segar dan bersih, apa kata mama-mama cuba resipi di bawah. Mudah dan sangat comel.

Resipi Baby Cookies Untuk Bayi Yang Mula Tumbuh Gigi. Mudah Dan Fresh Untuk Anak Anda!

Ads

Resipi Baby Cookies (Teething Biscuit first attempt)

Bahan-bahan

Ads

1/2 buku Unsalted Butter
2 cawan Gandum (Unbleached Flour)
2 sudu Tepung Jagung
Puri Kurma (ikut kemanisan)

Cara Penyediaan

Ads

– Pukul Unsalted butter sampai kembang
– Masukkan puri kurma
– Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
– Uli sampai doh tak melekat di tangan dan bentuklah mengikut cita rasa
– Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit sampai keperangan

Acuan bentuk Teddy Bear boleh dapatkan di Daiso. Alhamdulillah, anak suka!

Sumber: Facebook Izzaty Azhar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI