Macam-macam resipi pemanis mulut viral sepanjang PKP ni. Ada yang rumit, ada yang mudah, ada yang hanya guna 2-3 bahan dah boleh jadi. Macam-macam gaya masakan ada. Untuk ibu yang baharu nak mencuba buat pemanis mulut, eloklah cuba resipi yang tidak terlalu sukar. Kebarangkalian untuk ‘menjadi’ pun tinggi.
Resipi Menarik: [Nak Buat Donut Sebiji Macam Big Apple Kena Guna Resipi Sukatan Cawan Ni, Confirm Jadi!]
Biasanya proses untuk membakar bahulu ambil masa dan tak jadi kalau tersalah jaga suhu api. Silap-silap boleh rentung! Resipi yang dikongsikan Zuraita Mohd Anua ini sangat mudah. Tak perlu berkecah dapur pun, tapi boleh hasilkan bahulu ekspres yang sedap.
Ikuti perkongsian resipi ini.
RESIPI BAHULU EKSPRES
Mudah sangat nak buat. Putar pakai blender dan bakar dalam sandwich maker jer. Cepat pulak tu siapnya. Tadi tengok resipi kat facebook, terus beli tepung dan buat. Memang best giler rasa dia. Lembut lak tu. Makan pulak panas-panas. Disebabkan kita bakar dalam sandwich maker, redha jelah bahulu korang bentuk piramid yer.
Taknak cakap banyak lah, uols cuba pulak eh. Ni bahulu basic jer. Pada yang dah biasa buat bahulu ni, tentu dah macam-macam korang letak dalam tu kan.
Tip : Untuk elakkan bahulu bau hanyir telur, jangan lupa buang urat putih waktu kita pecahkan telur tu.
#resipisenanggiler
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Secubit garam
Resipi Menarik: [Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!]
Cara Membuat:
1. Masukkan telur, gula, secubit garam dan esen vanila ke dalam mesin pengisar. Kisar halus semua bahan ini.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau dengan spatula sampai adunan rata.
3. Tuangkan adunan dalam sandwich maker. Bakar dalam 5-7 minit sehingga bahulu masak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI