Bila dah lama anak-anak bercuti ni, kita pula yang buntu nak sediakan bekal mereka ke sekolah. Tak tahu nak masak apa untuk anak, risau pula mereka tak ada selera.
Kadang-kadang di sekolah anak lebih suka menu yang ringkas sebab tak perlu nak rushing ketika rehat. Kalau makanan berat, risau tak sempat pula mereka nak habiskan.
Salah satu idea untuk bekal anak adalah Baked Potato. Rasanya sedap dengan lemak keju dan pada masa yang sama sangat mengenyangkan kerana kentang adalah sumber protein.
Jom, belajar cara mudah sediakan Baked Potato seperti yang dikongsikan oleh Keroroyz Royz;
Resipi Baked Potato
Bahan-bahan:
4 biji kentang saiz besar (Russet potato)
200g sosej / isi ayam/daging panggang dicincang
60g cendawan butang (AF/panggang 3min 160c) dicincang
4 sdm cream of mushroom soup / sos carbonara
1 cwn parutan keju cheddar utk ditabur
Garam secukup rasa
Baca Juga:
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!
Cara membuat:
1. Bersihkn kentang dgn berus dibwh aliran air, kmudian keringkn dgn tuala & cucuk2 dgn pisau/garfu pd kulit kentang
2. Lumurkan sdikit garam & myk, AF/bakar dlm oven pd suhu 200c selama 45min. Jika rebus xperlu lumurkn myk & garam. Rebus selama 45min jgk
3. Setelah kentang sejuk, potong separuh & ceduk keluar isinya sehingga menjadi seperti sampan, tinggalkn setebal 1/4 isi kentang, ketepikan isi kentang
4. Inti : Didlm mangkuk yg sesuai lecek isi ubi kentang hingga halus. Tmbhkn sup cendawan/sos carbonara, cendawan cincang, sosej/isi ayam & garam secukup rasa. Gaul rata
5. Masukkn inti kedlm setiap sampan/kulit kentang. Jika ada lebihan sosej/inti ayam taburkan keatas kentang. Akhir sekali taburkan parutan keju cheddar
6. Panaskan AF pd suhu 170c dan bakar selama 5-6min sahaja atau hingga keju cair keperangan. Hidangkan bersama sour cream.
Tip: Russet potato lembut sikit dari kentang biasa. Jadi masa memasak lebih singkat dari guna kentang biasa. Boleh olah inti ikut selera memasing. Simpan dlm bekas kedap udara & frozenkan. Bangun pagi AF jerr.. Hepi meneraiiii 😉
Bolehlah cuba buat, masuk je dalam air fryer dah siap. Resipi pun boleh diolah mengikut citarasa sendiri. Anak-anak pun mesti suka dan kenyang bila makan kentang bakar ni waktu rehat di sekolah nanti.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI