Nak masak balado ayam ni sangat mudah, resipinya tak memerlukan banyak bahan. Ia sesuai dijadikan sajian untuk seisi keluarga. Yang sukakan kepedasan boleh pilih cili pedas dan tambah cili dalam kuantiti yang banyak.
Resipi Balado Ayam
Cukup dengan 1 lauk ni je boleh buat selera makan menjadi-jadi. Resipi sangat-sangat mudah tak perlu banyak bahan.
Ads
Ayam, perap dengan kunyit+garam. Kemudian goreng hingga garing.
*Gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit, tumis bahan-bahan kisar ni hingga terbit minyak. Kalau kurang minyak, tambah lagi, pastikan terbit minyak ok, masukkan garam, sedikit gula dan 1/2 inci asam keping, asam keping jangan banyak nanti masam pula, kemudian masukkan ayam dan bawang yang dihiris..kacau hingga bawang layu, siapppp.
Ads
*Kisar kasar bahan-bahan ni (saya kisar basah je, kisar kejap cukup setakat cili tu hancur)
-Bawang merah bombay 1 biji
-Bawang putih 2 ulas
-Cili merah 15 batang
-Cili padi hijau 10 batang
Ads
*Kalau nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya, jangan risau tak pedas sangat pun, pedas lagi samyang tu!
Kredit: Nana Sabrina Sarsan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka rupanya marshmallow kesukaan anak-anak kita boleh dihasilkan sendiri di rumah. Macam mana nak buat?
Perkongsian resipi ringkas oleh Dr Mazliana Mazlan ini mak-mak kena cuba. Lagi jimat dan terjamin kandungan bahannya. Jom cuba!
Marshmallow paling tak sangka boleh buat sendiri. Takut betul nak try tau. Takut tak menjadi sebenarnya, dan takut memberi harapan palsu pada anak-anakku.
Tapi buat jugaklah. Belum cuba belum tahu kan. Dan tak sangkanya menjadi dengan jayanya. Anak-anak pun terkejut ummi pandai buat marshmallow sendiri haaa. Saya guna 4 bahan je untuk buat marshmallow ni tau.
Bahan-bahan: Raw cane sugar Air Gelatin halal Vanila extract Tepung jagung
Cara nak buat pun senang sangat. Mula kisar tepung jagung dan gula 10 saat. Ketepikan, untuk salutan yang ini.
Kemudian masukkan gula, kisar pulak 5 saat je. Halus mulus tau hasil kisaran. Tambah air, dan masak jap 15 minit. Tinggal je.
Kemudian anak-anak tolong masukkan gelatin dan vanilla extract, dan masak lagi 2 minit. Pun tinggal je.
Akhir sekali, jom kentalkan adunan marshmallow. Thermomix whip kan 7 minit. Effortle betul! Dah siap semua ni, saya masukkan dalam chiller, tunggu keras sikit.
Siap sedia untuk dipotong dan bedakkan dengan gula dan tepung jagung. Dah boleh makan yeayyy! Seronok betul anak-anak. Tapi, tetap tak boleh selalu buat tau. Kita taknak anak biasa sangat dengan gula kan.
Alhamdulillah, Thermomix banyak betul bantu saya sediakan makanan ultra proses macam ni untuk anak-anak.
Bukan untuk makanan harian yang pasti. Cuma sekadar untuk anak rasa, dan diorang tahu kita boleh buat dengan pilihan yang lebih baik kat rumah.
Bila berpuasa ni ada masanya tak berselera nak makan menu yang ‘berat’. Mahukan menu yang mudah tetapi sedap dan menyelerakan. Sajian yang sering menjadi pilihan adalah sup. Sup ada banyak versi dan resipinya juga macam-macam jenis.
Ada yang tak memerlukan banyak bahan, tetapi ada juga yang ada tambahan rasa rempah untuk membangkit selera. Seperti yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ini, resipinya menggunakan rempah sup tetapi tidak keterlaluan.
Ada rasa rempah yang tidak terlalu kuat tetapi sudah cukup untuk buat kita makan bertambah. Ini resipinya;
Kalau mood ‘swing’ cikgu suka layan sup. Hirup sup yang masih panas perlahan-lahan. Pejam mata. Nikmati rasa rempahnya yang berherba dan wangi. Terus segar serta-merta.
Haa kadang sup cikgu buat ada banyak tahap. Yang rasa ringan, sederhana, berempah semua cikgu pernah cuba buat. Cikgu masak ikut kesesuaian. Hari ini cikgu rasa nak makan yang berempah sederhana.
Jom tengok cara mudah cikgu buat. RESEPI SUP AYAM BABA’S
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis ;
– 3 sekawan
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang holland
– 1 sudu besar (tak penuh) rempah sup Baba’s
– Secubit serbuk lada hitam
– Secubit serbuk lada sulah
2. Kemudian tambahkan satu jug kecil air. Masukkan ayam. Ketuk seinci halia.
3. Reneh dalam api perlahan sehingga ayam betul-betul masak. Masukkan juga satu kiub pati ayam Knorr.
4. Selepas itu perasakan dengan garam. Tutup api selepas semua rasa sebati. *Gaya cikgu tak suka hirup sup yang penuh dengan alat-alat kat dalam periuk. Cikgu nak ambil rasa dan baunya sahaja. Jadi cikgu tapis dulu sup tersebut sebelum dihidangkan. Jadilah kuah sup yang kosong tetapi penuh beraroma*
5. Cara hidangan:
– Sendukkan sup ke dalam mangkuk.
– Perah asam limau nipis
– Taburkan daun bawang, daun sup dan hirisan cili padi dan bawang goreng. *Untuk menaikkan lagi aroma sup, bawang goreng dibuat sendiri*
Sedia untuk dimakan. Mudah bukan? Selalu layan dengan telur, apa kata sekali-sekala layan dengan ikan kering goreng garing pula. Fuhh tak jadi tak ada mood. Terus muka berubah-ubah merah kerana gembira perut kenyang dengan sedapnya. Hii Cubalah.
Lauk ini juga sesuai untuk ibu dalam pantang. Dengan adanya lada hitam dapat membantu untuk menghangatkan tubuh ibu. Selain itu, makan sup juga dapat membantu proses penghadaman dan buat ibu lebih mudah ke tandas. Bolehlah cuba resipi ni, sedap dan beraroma!
Salah satu resipi yang paling senang disediakan untuk anak-anak kita adalah dadih. Strukurnya yang ringan, lembut dan manis ini buat anak suka. Hendak membuatnya pun amatlah senang. Ia memudahkan ibu yang mengejar masa.
Bukan senang saja paling penting gabungan susu dan bahan yang kita gabungkan buat anak juga buat anak kenyang dan menerima khasiat sebaiknya. Jadi perlulah memilih gabungan apa yang baik dan berkhasiat buat anak kita.
Salah satu dadih ringkas yang dikongsikan ibu ini adalah Dadih Kurma. Menariknya tidak perlukan bahan yang banyak dan sarat pun, hanya perlukan tiga bahan sahaja sudah memadai. Janji anak suka. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rahayu Nazrul ini.
Anak maghrib lagi dah tidur. Ibu bosan tak tau nak buat apa dan tadaaaa jadilah dadih susu kurma 3 bahan. Satu bekas tu ibu dah rasmi.
3 Bahan Je
500ml susu kotak full cream
500ml air
20g agar2 tali (guna 1/6 ja)
10 biji kurma (kisar)
1. Kisar dulu kurma hingga hancur.
2. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
3. Masukkan susu dan kurma. Kacau sebati dan tunggu dadih mendidih sedikit boleh tutup api.
4. Tapis dahulu sebelum tuang dalam bekas. Dah sejuk simpan dalam chiller.
P/s : resepi untuk baby setahun ke atas sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!