
Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Sesuai Untuk Minum Petang & Bekalan Anak Sekolah
Kalau anak-anak anda suka makan bergedil, ini ada versi baru hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn. Bentuknya bulat, gerenti anak-anak suka. Sedap dan senang cara membuatnya.
Elok sangat kalau dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dijadikan menu bekalan anak ke sekolah atau untuk anda sendiri ke pejabat. Kalau buat banyak boleh difrozenkan. Bila-bila teringin nak makan boleh terus goreng je. Mudahkan.
Berikut dikongsikan resipi cara-cara membuat bebola kentang inti ayam.
BEBOLA KENTANG INTI AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
*Artikel ini diolah dari RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Goreng Pedas Rangup Ala Korea, Salut Cheese Padu, Sedap Sungguh!

Sesekali bosan dengan nasi, apa kata anda makan ayam goreng seperti dalam drama Korea untuk sajian anak-anak. Layan makan depan televisyen di malam hari. Lagi-lagi sedap disalut keju padu. Lagi layan anak-anak makan.
Resipi ringkas tetapi sedap menyengat yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini mama kena cuba. Sedap!
Snek saya petang ini. Siapa sini suka perap ayam guna yogurt? Saya suka 🙋🏻♀️. Sebelum digaul dengan tepung saya biasa perap ayam guna yogurt perisa original, lebih senang berbanding guna susu.
Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula saya lebih suka guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ni memang dijamin rangup. Resepi saya sertakan pada setiap gambar walaupun rasa saya ramai je yang dah biasa buat ayam korea ni ❤️.
Ayam di salut pes pedas.
Bahan utama yang diperlukan:
1. Ayam bahagian kepak, dibersihkan dan dipotong dua
2. Satu botol yogurt perasa original
3. Tepung beras dan tepung jagung
4. Serbuk lada sulah dan lada hitam
5. Pes pedas korea, apa² jenama yang ada di pasaran
6. Serbuk Cheese
7. Minyak masak
Langkah pertama. Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam (saya guna Ajishio) untuk perasakan daging ayam. Pastikan daging ayam dah defrost ya.
Kemudian masukkan sebotol yogurt.
Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati. Masukkan ayam yogurt ke dalam tepung. Salut dan simpab tepi.
Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Sesudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.
Sos Korea yang saya guna, buatan bumiputra Aroma Saji. Sangat sedap dan wangi, mengikuti citarasa Melayu. Tapi awas, bagi saya sos ni sangat pedas. Sekiranya anda sudah ada pes gochujang Korea, anda boleh buat sos pedas sendiri.
Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata.
Ini pula serbuk cheese yang saya guna, buatan bumiputra juga Saudagar Rasa. Cuma perlu campur dengan air panas dan bancuh sehingga likat. Senang je. Anak saya suka sebab cheese dia sedap. Secukup rasa. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi. Gabungan pedas korea dan cheese ni memang menyelerakan.
Siap, sedia dimakan.
Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!!
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Nasi Kak Wok, Hanya Masak Satu Menu Tapi Lengkap Hidangannya!

Nasi kak wok, meskipun menu ringkas iaitu hidangan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan, namun menu ini sudah mampu memberi kepuasan rasa seisi keluarga.
Tidak dinafikan juga, dengan menyediakan menu ini menjadi lebih mudah kita sebagai ibu menyediakan hidangan tengah hari. Maklumlah tidak perlu pening kepala memikirkan menu sayur, lauk pauk dan sebagainya untuk dijadikan padanan serasi hidangan yang disediakan.
Cukup hanya masak set nasi kak wok, semuanya lengkap tersedia!
Jadi jom sediakan menu ringkas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.
Ayam goreng kak wok
Bahan:
7@8 ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit-BELI DI SINI
1 sudu makan rempah kari daging –BELI DI SINI
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam. Selepas itu goreng garing
Sambal belacan
Bahan:
15@20 tangkai cilipadi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula
Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukjan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai kak wok versi akak
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecik rempah kari daging babas
1/2 peket kecik rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air..
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Seimbangkan rasanya dan kepekatan kuahnya.
Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai
Sumber : Mazliza Ahmad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pastikan Anak Anda Cukup 6 Vitamin Ini. Baik Untuk Otak, Otot, Tisu & Tumbesaran Anak

Isi Kandungan
ToggleTumbesaran seorang anak adalah sangat penting buat setiap ibu bapa. Bagi memastikan tumbesaran mental dan fizikal anak anda terjamin, diet yang mengandungi vitamin dan mineral paling penting perlu diamalkan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dan merancang pemakanan yang terbaik buat anak anda.
Vitamin dan Mineral Paling Penting
#1. Vitamin A
Vitamin A akan memberi sumbangan yang sangat hebat untuk tumbesaran anak anda kerana ia membantu menguatkan sistem imun, memperbaiki tisu dan tulang serta bagus buat kulit dan mata yang sihat. Vitamin A boleh ditemui dalam produk tenusu seperti susu dan keju, telur dan sayur-sayuran kuning seperti lobak atau labu.
#2. Vitamin B
Vitamin daripada kumpulan vitamin B terutamanya B2, B3, B6, dan B12 memainkan peranan penting dalam melancarkan sistem metabolisme anak anda, menambah penghasilan tenaga serta memperbaiki sistem saraf anda. Contoh makanan yang tinggi kandungan vitamin B adalah daging, ayam, telur, susu, kekacang dan ikan.
#3. Vitamin C
Vitamin C sangat bagus untuk kulit, tisu dan otot anak anda. Tomato, sayur-sayuran hijau atau buah-buahan sitrus adalah kaya dengan vitamin C.
#4. Vitamin D
Vitamin D sangat terkenal dengan kebolehannya membantu membentuk tulang yang kuat di samping membantu proses penyerapan kalsium. Cahaya matahari adalah sumber terbaik vitamin D. Selain itu, contoh makanan yang mengandungi vitamin D adalah ikan berlemak, kuning telur, bijirin dan buah oren.
#5. Kalsium
Sama seperti vitamin D, kalsium membantu dalam membantu membentuk tulang yang kuat. Yogurt, susu, keju dan tofu adalah antara contoh sumber utama kalsium.
#6. Zat besi
Otot dan sel darah merah adalah tidak sihat jika ia kurang mengandungi kandungan zat besi. Untuk anak perempuan, zat besi akan memainkan peranan yang lebih penting apabila mereka mula mencapai akil baligh kelak. Antara contoh makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging merah, ayam belanda, bayam dan kekacang.
Cara lain untuk memberikan anak anda vitamin dan mineral paling penting
Ya, diet yang seimbang adalah cara yang terbaik untuk memberikan mereka vitamin dan mineral paling penting yang diperlukan. Namun begitu, anda juga mungkin perlu memberikan mereka suplemen. Ikuti tip berikut untuk mengelakkan sebarang komplikasi:
- Sebelum memberikan anak anda apa-apa suplemen, berbincang terlebih dahulu dengan doktor. Ini bertujuan untuk mengelakkan anak anda mempunyai sebarang kesan sampingan ubat-ubatan tersebut terhadap kesihatan mereka.
- Kanak-kanak di bawah usia 4 tahun tidak boleh mengambil suplemen multivitamin dan megavitamin tanpa saranan doktor untuk mengelakkan mereka terlebih dos.
- Jangan biarkan anak anda mempercayai bahawa suplemen yang mereka ambil itu adalah gula-gula. Ajar mereka akan suplemen itu dan kepentingannya terhadap mereka.
- Anda boleh memberikan mereka suplemen yang boleh dikunyah jika anak anda tidak mahu mengambil suplemen dalam bentuk pil atau cecair.
Sumber: Hello Health Group
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI